About

1507561843762.jpeg

KEDIDI KAKIPALSU (dD)
100% Handmade Malaysia.

Kami adalah pembuat dan pembekal kaki palsu buatan tangan dari Malaysia.  dD menjual dan juga melaksanakan inisiatif untuk membantu OKU yang kurang mampu mendapatkan kaki palsu.

BUATAN TANGAN  ❓💯%❓❓❓

Ya. Semua komponen kaki palsu iaitu   soket, pylon dan tapak adalah buatan tangan (handmade/custom made) yang di buat secara manual oleh juruteknik dD yang kreatif dan mahir. ( Selalunya  hanya  soket sahaja di buat  secara manual , kerana setiap pelanggan adalah berbeza spesifikasi anggota yang di amputasi.Pylon dan tapak adalah komponen modular buatan kilang yang di beli dari pembekal). Ketiga-tiga komponen itu, kami buat sendiri secara manual.

KENAPA BUATAN TANGAN❓❓❓

1. Setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, komponen yang dD hasil kan akan mengambilkira  perbezaan itu.

2. Kawalan mutu komponen yang dibuat. Ituah  tandatangan  dD.

3. Harga bengkel ( vs harga kilang).

BAGAIMANA dD MEMBANTU PELANGGAN❓

1.Harga produk kami yang murah.

2.Inisiatif kami mencari penyumbang kepada pelanggan OKU yang memerlukan. Jika ada penyumbang maka pelanggan mendapat PERCUMA kaki palsu nya.

1.harga
dD adalah pembuat dan pembekal kaki palsu paling murah di Malaysia (kami tidak bersaing, kami memberi pilihan). Kaki  palsu bawah lutut (BK) Cuma berharga dari RM 2,600.00 sahaja.
Kaki palsu atas lutut (AK) pula berharga RM 4,000.00 sahaja.

Kenapa sangat murah❓
a. Buatan tangan di bengkel dD sendiri.
b. Menggunakan bahan tempatan  iaitu polypropoline, polyethylene , EVA, fiberglass, busa getah, nylon, logam dan sebagai nya yang boleh didapati dari pembekal biasa untuk dijadikan komponen kaki palsu ( soket, pylon dan tapak).
c. dD mengedar sendiri produk buatan kami tanpa melalui lapisan orang tengah atau pengedar lain. (hanya penama di bawah sahaja  yang mewakili dD)

2. dD mengambil inisiatif mencari bantuan dan sumbangan untuk pelanggan (OKU) yang layak. OKU yang dipersetujui oleh penyumbang sewaktu proses padanan yang kami uruskan, akan terus di proses pembuatan kaki palsu nya.

APA PELANGGAN PERLU BUAT❓❓❓              Bagi OKU yang memerlukan atau waris atau kenalan:
Mohon hantar/e-mail /whatapp/fb/ pos/serahan tangan , kepada kami maklumat:
1. Nama,

2. Alamat ,

3. Pekerjaan,

4. Pendapatan bulanan dan

5. Nombor telefon( untuk di hubungi)

BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBERI SUMBANGAN❓❓❓                                                 dD amat mengharapkan sumbangan  bagi membolehkan OKU mendapat Kaki palsu secara ‘PERCUMA’. Penyumbang individu, badan atau  yayasan yang berhajat membantu dengan cara membiayai kaki palsu untuk OKU yang memerlukan, boleh   menghubungi kami untuk perbincangan dan melihat profail OKU yang memerlukan bagi ‘padanan’.                                                           dD hanya akan menuntut bayaran setelah padanan dipersetujui dan proses membuat kaki palsu dimulakan satu demi satu (Kami tidak menerima dan menyimpan wang sumbangan).

JENIS SUMBANGAN❓❓❓
✅Sumbangan amal Individual:       Penyumbang persendirian boleh membiayai Individu OKU pilihannya.
1. Sumbangan amal keluarga terdekat
2. Sumbangan amal  masyarakat (sesiapa sahaja).

✅Sumbangan amal  dari: Yayasan/agensi/badan (selepas perbincangan dan persetujuan mengenai tatacara dan prosedur yang dipersetujui bersama).

✅Bagi  pelanggan dari kalangan miskin tegar yang tiada penyumbang atau penaja, maklumkan kepada kami  dengan satu  maklumat tambahan iaitu pengesahan pihak berkenaan mengenai status miskin tegar. dD akan terus membuat dan memberi percuma kaki palsu nya ( tanpa  had bilangan).

***Nota: Bagi pelanggan yang di lindungi dan di biayai peruntukan oleh Jabatan atau agensi khusus seperti:
1. JPA jabatan perkhidmatan awam
2. JKM jabatan kebajikan masyarakat
3. KKM Kem Kesihatan( tabung bantuan perubatan/ hospital.
4. PERKESO pertubuhan keselamatan sosial.     5. Insuran

MEREKA perlu mencari pembekal sedia ada yang lain (dD tidak bersaing, kami hanya memberi pilihan kepada yang kurang mampu)

Proses kerja membuat kaki palsu ❓❓❓

Fasa 1: (Perlu kehadiran pelanggan ke pejabat)
1. Penilaian atas kaki pelanggan.
2. Proses mengukur
3. Membuat acuan

Fasa 2: (di laksanakan oleh juruteknik di bengkel)
4. Membuat kaki palsu
5. Kaki palsu siap

Fasa 3: (Perlukan kehadiran pelanggan)
6. ‘Fitting’ atau memasang kaki palsu kepada kaki pelanggan
7. ‘Alighment’ atau menyelaras semula kaki palsu yang di buat dengan kesesuaian dan keselesaan pelanggan.
8. Tunjukajar dan panduan oleh juruteknik atau petugas kami.                                                    9. Anda mula berjalan  semula.

DI MANA ❓❓❓                                         Bengkel: (ground Floor)
14, jalan PUJ 1/18,
Taman Puncak Jalil,
43300 Bandar Putra Permai,
Seri kembangan

Pejabat: (aras 1)
14A, jalan PUJ 1/18,
Taman Puncak Jalil,
43300 Bandar Putra Permai,
Seri kembangan

Hubungi siapa❓❓❓                                                                 019-2345829(Abdullah)                                               017- 4095157(Noorsham)                                         018-2834783(Baha)

“MOGA MEMBANTU DAN DI BERKATI”

 

search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close