12/8/20: Nenek Meriam Bt Sulaiman (83),
Kampung Melayu, Sungai Sering, Bukit Antarababgsa, Ampang, Selangor
“HANYA NAK BERENGSOT DLM RUMAH”
Dia hanya perlukan kaki palsu untuk membolehkan dia berdiri dan berjalan perlahan dalam rumah untuk urus diri sahaja.
“Nenek tak menggunakan walking frame, dia gunakan kerusi plastik yang dia akan pegang dan tolak perlahan. Itu jadi macam tongkat dia… tapi kerusi”. Kata Nik, cucunya yang tinggal menumpang di rumah Nek Meriam. Nik hanya pemandu grab untuk menyara 5 ahli keruarga nya. “Kehidupan makin sukar….” Nik mengulas mengenai urusan mencari rezekinya…
Kaki palsu sedia ada Nek Meriam berusia 25 tahun… dah longgar. dD di beritahu tentang keperluan nya oleh wartawan Metro yang membuat liputan keluarga kecil ini tiga hari yang lalu. 🙏Terima kasih Redzuan🙏