23/8/20: Panut B. Sulaiman (62) Kg sawah, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.
TENTERA WATANIAH
Dia pernah bertugas di Taiping, KL dan lain-lain sebagai tentera wataniah. Dia tak ada pencen. Kerja jaga pun berhenti kerana tak sihat. Kini mengharapkan bantuan bulanan JKM 350 dan sumbangan 2 anak yang juga kerja jaga dan kerja kilang.
“Rumah cantik?” kata dD
“Alhamdulillah, masa dapat EPF, mak bagi tapak untuk buat rumah ni…. sekarang tak ada apa-apa pendapatan” katanya