17/8/10: Zakaria Ahmad (57),Kampung Bahagia Jaya, Teku, Sibu, Sarawak.
✈️TERBANG BERIBU KM✈️
Dia mengikut anak angkat nya, Azmi balik ke Felda Jelai 4, Gemas, Negeri Sembilan…. untuk AidilAdha di sini… dan merawat ‘murung’ kerana hilang kaki 8 bulan lalu. Azmi menghubungi dD untuk bantuan kaki palsu kepada bapa angkat nya ini….
Ini pertalian unik: Azmi sudah 7 tahun menumpang Zakaria di sana kerana minat yang sama ‘OKID HUTAN’. Zakaria adalah pemilik ‘BORNEO HOME NATURE SIBU’ (BHNS) …itu rumahnya.
“Dengan kaki palsu ini…. saya yakin akan kembalikan rumah ‘BHNS’ itu… terima kasih membantu saya….” katanya sambil mengundang dDTeam bertandang ke sana