22/7/2020: Vellasamy a/l Kumarasamy (67), Klang, Selangor
RUMAH CANTIK
Kami terperanjat kerana dia, isteri (Manoranee a/p Mathurai) dan seorang anak saudara nya tinggal di rumah teres dua tingkat di Klang…. ‘ini bukan orang miskin’‼️ RUPA NYA…
✍️Rumah itu adalah ‘ehsan’ dari pemiliknya, mereka dah tinggal di situ selama sudah 7 tahun tanpa perlu membayar sewa. Pemilik nya sudah berpindah ke Raub. Mereka adalah ‘pengasuh kepada anak pemilik rumah ini sebelum ini.
✍️Dia adalah bekas pemandu lori yang sudah 20 tahun menderita diabetis. Kini tanpa pendapatan , tanpa bantuan… dan mempunyai ‘…. serangkai penyakit’
✍️Isteri juga tiada pendapatan…. kadang2 di minta memasak untuk ‘rumah orang tua’. Ada kerja , maka adalah sikit pendapatan.
✍️Mereka di bantu oleh jiran2 yang bersimpati. Sewaktu kami sampai, anak saudaranya datang dengan beras dan bahan makanan….