6/2/2020: Jamaluddin B. Bidin (62), kg.Arab, Port Dickson, NS.
TAK TAHU MANA NAK MINTA BANTUAN
♿️dah 3 tahun jadi OKU … sejak 2017
♿️2017 yang penuh igauan
✔️Januari -bercerai
✔️Mac-Jatuh dan di amputasi
✔️Julai – Pencen (pekerja am- ada pencen 940)
✔️dah 3 tahun hanya berlegar dengan kerusi roda dalam rumah….
♿️”kenapa tak minta bantuan ….❓”
“saya tak tahu nak minta…. nak minta dimana❓….. sapa nak bawa saya❓❓…..” itu yang di sebutnya‼️‼️
Semalam (5/2/2020), Baitulmal NS minta kami ke rumahnya.
Tanpa surat, tandpa borang, tanpa sebutharga….. hari ini (6/2/2020) kami kerumahnya.
10/3/2020: Jamaluddin B. Bidin (62), kg.Arab, Port Dickson, NS. (Ukur cara biasa pada 6/2/2020 …..
TAPI hari ni, dD berikan dDFoot (flaxi, boleh adjust, terbuka dan liner tersedia)
✔️Terus acu✔️Terus pasang✔️Terus pakai
…… tembok rumah menjadi tempat sokongan
…….mula bertatih di walking frame
……. mencuba tanpa sokongan walking frame
…… MELANGKAH tanpa walking frame atau tongkat…. 🙏Salute.
TAPI “Jangan mendera kaki tu & gunakan sokongan tongkat”…… pesan kami berkali-kali
♿️dah 3 tahun jadi OKU, sejak 2017 …’hanya berlegar kat dalam rumah’
♿️2017 yang penuh igauan : Bercerai: kaki di potong: pencen (pekerja am)
♿️Bantuan❓” saya tak tahu nak minta…. ada yang minta saya cari sebutharga, saya tanya farmasi di PD ni😳😳😳mereka tak boleh bagi sebutharga tu♿️”
“Saya pun tak tahu siapa tolong bagitau kat Baitulmal..” Jelasnya bila di beritahu Baitulmal NS yang minta dD bekalkan kaki palsu ini untuk nya……