dD AMBIL ANGIN : 1,700 KM di SELATAN THAI

Melalui : SADAO- PATTHALUNG – NAKHON SITAMARAT – SURAT TANI- KOH SAMUI – KRA BURI – RANONG – KRABI – PATTANI – YALA  – BETUNG

( Perjalanan santai sabuah kereta tanpa konvoi tampa pemandu pelancung)

(dD berempat, si ayah, si ibu dan 2 anak (Syafiq dan Siti). Bermula dengan memenuhi undangan sepupu si ayah ke majlis kahwin di Kg Belukar, Naka, Kedah)

83E2F384-DE47-4E8E-95FF-642783B0FFBC

26/1/2020: KE  PATTHALUNG

Sadao – Pattalung

Persediaan untuk melangkah sempadan. Passport untuk setiap orang dan Surat hakmilik kenderaan (di pandu pemilik) + surat memberi izin oleh pemilik (jika kenderaan orang lain/pinjam).

dD berhenti di Stesyen Petronas Changloon untuk ✔️Isi minyak full ✔️Membeli insuran kenderaan untuk masuk Thai (rupa nya diia hanya cover orang bukan nya kenderaan). Mereka juga siap mengisi borang masuk dan keluar untuk immigration Thai.

Di Immigration Malaysia, bagi passport sahaja dari dalam kereta, tak perlu turun. Di Immigration Thai, perlu turun dari kenderaan, setiap orang di imbas wajah dan imbas jari tangan. Selepas selesai urusan imigration, pemilik kenderaan bawa surat hak milik kereta ke kaunter peristiharan kereta, di proses dan kemudian di beri surat kebenaran (surat ini mesti di serah semula sewaktu keluar dari thailand di mana-mana pos keluar (kalau tak serah, nama dan kereta akan di block dari memasuki thailand di masa akan datang atau membayar denda sehingga 10,000 bath)

Selepas melangkah sempadan, di pekan Sadao,  beli sim card phone, RM 15.00 satu (jangkahayat 7 hari). Ini amat perlu untuk maklumat laluan (waze/google map), hotel, makanan halal, dan sebagainya. INI menjadi penyebab kepada dD tidak perlu bergantung kepada pemandu pelancung.

Mula bergerak meninggalkan Sadao pada jam 4pm, menuju Phatthalung (140km) ranpa singgah di Hadyai (bandar yang biasanya di penuhi pengunjung dari Malaysia). Sampai di Phatthalung, ikut saja Waze , kami sampai di Chanchuan Resort, di pinggir tasik teratai/Lotus (dah tempah melalui booking.com). google memberi tahu ada restoran halal berdekatan, jadi kami tidak singgah makan di bandar Patthalung (resort ini di pinggir bandar). Dua chalet dan siap tertulis welcome dan nama kami, kunci dah di pintu… kami terus masuk dan mandi.

Pemilik nya Pn.On datang memaklumkan dia akan masak dan sediakan bubur nasi/porridge untuk sarapan esuk pagi. Bila kami maklumkan kami nak cari makanan halal, dia terus hubungi pemilik restoran yang kami temui kat google (satu-satunya penyedia makanan halal di situ). Malah dia menempah bubur nasi dari restoran berkenaan untuk sarapan kami esuk. Pemilik restoran tak boleh Bahasa melayu (BM) atau Bahasa Inggeris (BI). Guna menu, bahasa isyarat dan  siti berkomunikasi menggunakan google Translater’ untuk cakap siam❗️

27/1/3020: Memulakan aktiviti pagi dengan menempah bot untuk melihat tasik kiambang. Pn On memberitahu bunga ini akan kuncup selepas jam 11.00 pagi kerana panas matahari (dia boleh berbahasa inggeris). Jam 7.00, pagi menaiki bot panjang.Ini tasik biasa seperti tasik cini di pahang. Cuma di sini, ia berjaya di jenamakan untuk penggemar alam semulajadi: Bunga kiambang, burung, ikan air tawar, aktiviti hidup manusia di sini ….tangkap ikan dengan pancing, menjala, menahan lukah dan tangkul, menternak kerbau… di beri ‘publisiti pelancungan’‼️. Jam 8.30 pagi, sampai semula ke chalet, sarapan dah sedia. Pn On berpesan, tinggalkan sahaja kunci kat pintu chalet (itu cara check out). Mudah.

27/1/2020: KE KOH SAMUAI

Jam 9.30, Set waze ke jeti ferry Raja di Surat Thani (ferry boleh bawa kereta ke Koh Samui). Bertolak. Dalam perjalanan, Google menyatakan satu yang unik di Patthalung adalah ‘bamboo garden’.Maka kami divert  ikut waze ke situ. Sampai di situ, tempat ni ditutup. Ia hanya di buka pada hujung minggu  sahaja (sabtu & ahad).

Terus memasuki jalan utama ke Surat Thani, melalui Nakhon Sitamarat. Selepas  melintasi bangunan masjid besar (Nakhon Sitamarat Islamic Centre) dan kemudian beberapa masjid kecil, kami mengagak pasti ada makanan halal. Dan kami ternampak gerai makan tepi jalan yang ada wanita bertudung, kami terus berhenti. Mereka boleh bercakap bahasa Melayu (dialek pattani/kelantan). Makan nasi dengan ikan goreng dan siput sedut. Teruskan perjalanan hingga sampai ke jetty, ambil tiket, tunggu, masuk ferri Raja (ada dua perkhimatan ferri membawa kereta ke Koh Samui: Raja dan Seatran, dari dua jetty yang berbeza). Jam 4.00 ferry bergerak, 1jam 30 minit, sampai ke Jetty Koh Samui.

Selepas mendarat, Kami mengikut Waze ke central mosque. Ini masjid terawal dan terbesar di pulau ini, terletak di Hua Thanom. Rupanya ini adalah kampung nelayan muslim. Mereka boleh berbahasa melayu (dialek pattani/kelantan), sebahagian besar mereka berasal dari daerah Pattani.

Masjid ini di asaskan oleh Wan Hussain, kini anaknya Wan Zakaria, adalah ketua komuniti islam di sini, dia juga pemilik dan pengusaha restoran ‘Melayu Samui Seafood’. “Hanya 1% penduduk di oulau ini islam. Sebahagian besar di kampung ini” kata Pok Ya (Wan Zakaria). Kalau anda Google ‘Halal food koh samui’ , salah satu yang keluar adalah restoran ini. Dua kali kami makan di sini sambil berbual dengan pemilik nya.CE6A1258-E824-4D62-8879-A9F00892151B

Kami menginap di Sasitara Residence di Pantai Cheweng. Pantai yang padat dengan pelancong.

28/1/2020: Hari kedua di Koh Samui, dD junior (syafiq dan siti) ambil pakej island tour dangan skuba diving dll) untuk sepanjang hari. dD senior turun berjalan saja kat pantai depan hotel-hotel mewah tepi pantai

.Sasitara ni kat atas bukit, agak mewah tapi murah. kemudian dD senior memandu ke ‘Melayu Samui seafood’ lagi sekali nak makan , melihat kampung nelayan melayu dengan kepadatan sardin dan daif. Berbual dengan nelayan di sini….

Di sini , di bawah kebun kelapa, terlihat pelancung eropah (4 bas) menikmati ‘monkey show’ …. monyet kat atas pokok kelapa tinggi memetik buah. Kerja monyet yang di komersialkan‼️

Malam. Makan malam di tempat makan halal di pantai ini Chewang, Pemilik dan petugas fasih BM (Pattani). “Saya dua tahun di selayang, KL,tolong kawan buka restoran tom Yam” kata pemilik nya yang berkain pelikat.

29/2/2020: Ke RANONG

Perjalanan ke Ranong akan melalui KRA BURI (ada penulis blog menulis tentang Kra isthmus… ini merangsang keinginan kami)

8.30 pagi, menuju jetty Seatran ferry (nak cuba), melalui jalan pantai Bangrak. terdapat patung Big Buddha di laluan. Ferry Seatran lebih kemas berbanding Ferry Raja tapi hanya pemandu boleh pandu masuk dan keluar, 3 penumpang perlu berjalan kaki ke kereta di daratan di Surat Thani. (Ferry Raja, penumpang berada dalam kereta sewaktu pergi atau balik). Selepas mendarat, memandu melalui tengah bandar dan singgah makan  tengahhari di restoran halal di tebing sungai (Juga google map tunjuk). Pemilik bagi salam tapi tak boleh BI atau BM. Guna bahasa isyarat dan google translater lagi.

3.45 petang sampai ke Kra Buri untuk melihat tempat terkecil segenting Kra (Kra Isthmus) . Terdapat papan tanda usang terhimpit di antara sungai Kra Buri dan lebuhraya 4 lorong yang sedang di bina menuju Ranong. Sungai itu adalah pemisah Thailand dan Myanmar. Tercatat: “….KOO-KOD-KRA is the narrowest part of the Malay cape…..”. Semenanjung Tanah Melayu rupanya jauh ke utara sini. Itu masa lalu, sekarang realiti geo-politik dah berubah. ‼️

5.40 petang, sampai ke Ranong Garden Hotel. Selepas urusan wajib di hotel, keluar melihat bukit botak. Sekali lagi penjenamaan produk pelancungan dari alam….

Tiada makanan halal di restoran hotel. google tunjuk makan halal kat ‘ Halal Good Muslim – Grilled and seafood. Di sana, pemilik dan petugasnya boleh berkomunikasi BM (pattani). Makanannya pun bagus.

30/1/2020: KAWTHOUNG (Myanmar) dan KRABI

Sambil minum secawan kopi tanpa makan di restoran hotel, menunggu dD junior masukkan luggage dalam kereta, penuh rasa teruja untuk masuk ke bandar paling selatan Myanmar… keterujaan itu tiba2 terencat . ”..

ayah❗️siti tertinggal kunci dalam kereta…

kereta dah lock❗️” Di Bumi asing, bertutur bahasa tak di fahami , tak tahu di mana nak bermula, MAKA Ini berita bertaraf BOM‼️

Allah permudahkan…. seorang petugas restoran memahami kecemasan di wajah kami, memahami dua kata ‘car dan lock’ dan sedikit bahasa isyarat rekaan sendiri….

dia bercakap  kepada rakan nya dan kemudian hampir seluruh kakitangan dapur berkumpul dan berbicang (agaknya). Ada  yang menelipon  dan bercakap.. 30 minit kemudian Locksmith datang menunggang kapcai, membawa toolbox kecil. Dia mencuba buka, hampir 40 minit tapi tetap gagal. Dia memberitahu sesuatu, kemudian menunggang kapcai nya meninggalkan kereta yang masih tetkunci. 15 minit kemudian dia satang semula dengan alat baru…. 11.30 , Alhamdulillah‼️

Upah locksmith hanya 400 bath (Lebih kurang RM 52). Sedikit saguhati tanda terima kasih kepada kakitangan restoran dan dapur. Maka hajat ke Kawthaung di teruskan. Serahkan passport dan keratan departure slip dari Sadao, naik bot panjang 4 orang satu bot di anggap chartered pergi balik 1,400 bath (  L/k RM 180.)

Bot mengambil masa 30 minit ke jeti Kawthaung, ke Immigration Myanmar, isi visa on arrival ( US dollar 10 untuk seorang). Perlu visaMyanmar satu-satunya anggota asean perlu visa. Masuk bandar ini, terasa bagai masa berundur ke tahun 80an ‼️,deretan kedai kayu+batu, kedai-kedai santai dan lesu. sireh pinang jadi makanan jajan, bekasan ludahan sireh pinang di merata tempat. Ramai berkain sarong (termasuk lelaki dan uniform sekolah). Pemandu kami memberitahu “Nama muslim  saya Yusof, nama lain George…”.F7B4EDB3-14A3-4374-986A-DBD50BF7144D

ACFD4464-E704-418B-8876-ADD6099D007DHasrat untuk ke perkampungan islam di Kampung Ulu tidak kesampaian kerana kesuntukan masa (Immigration Thai bagitahu balik sebelum jam 5 petang, jika nak balik hari yang sama). Kami sempat ke Masjid Jamek bandar ini, kemudian ke kedai cenderamata milik Hj Daud Alhafiz yang terletak di sebelah masjid ini.B67CF76C-01DA-4B55-92A4-A5CFB60C630D

Di Jetty sewaktu menunggu bot untuk pulang,

kami menyapa seorang wanita bertudung. Dia bernama Halimah dan dia adalah penduduk  asal Kawthaung. BD25585E-EABC-4455-BF7E-CDC18F7D10A5Dia dan suaminya Khalid menghantar balik rakannya  dari Pattani yang datang melawatnya. Khalid, menjemput kami ke kampung nya, “….. kampung saya di batu 10. semua muslim”. Hajat kami tak kesampaian untuk ke kampung yang di sebut itu.

Ke KRABI

Bertolak dari Ranong menuju Krabi pada jam 4.30 petang (302 KM), sampai di Loaf series (penginapan) pada jam 8.00 malam. Krabi, adalah tempat pelancongan yang mudah untuk menemui orang Malaysia….. malah terjumpa kumpulan  keluarga besar dari Sungai Petani kedah yang membuat reunion keluarga  di Black Crab.

31/1/2020: Ke PATTANI

Selepas sarapan di Bakr Halal Dim sum berdekatan penginapan, kami terus bertolak menuju Pattani. Google map bagi jarak 383 KM. Dalam perjalanan, sebelum sampai bandar Pattani, kami singgah makan tengahhari di Coco One Beach Resort, di Sakom. Bukan kerana makanan sedap tapi ramai kat internet kata restoran ni deco dan pemandangan nya cantik. AAE370B8-B39B-466E-B79F-728A07843886Selepas itu, sambung semula perjalanan.

Kami sampai ke The room residence Hotel (Agoda. com) pada jam 5.00 petang.

1/2/2020:

8.30. Nak ke masjid Kerisik, satu dari masjid penuh cerita di sini dan di internet. Set waze dan bertolak… masuk lorong ‘one way’ dari arah bertentangan ‼️, semasa nak berpatah balik, Pak polis bermotosikal tahan ‼️arahkan kami ikut ke balai ‼️di saman ‼️kompaun 200 bath (RM 26.00)😳

Kami terus ke Masjid krisik, 19494264-743E-4BE7-897A-85BD5FA5375Akemudian ke kampung Lamdok, melihat bendang garam. Di sini bentuk sawah seperti sawah padi di kedah atau di sekinchan ,ada petak dengan batas kecil. Air laut di masukkan ke dalam bendang, di biarkan kering oleh panas matahari, yang kering dan tertinggal adalah hablur garam. Garam itu adalah hasil yang di TUAI‼️

Berhenti sarapan bubur nasi (porridge) dan roti canai di gerai tepi jalan, kami terus ke Yala. Selepas Yala, jalan bengkang bengkok melalui lereng bukit dan empangan takungan air Bang Lang kemudian terus ke Betung.

Makan tengah hari/petang di restoran

*Pattani, Yala hingga Betung… ada sekatan tentera (bukan polis) hampir di setiap simpang. Tapi kami tak pernah di tahan. Mula2 rasa gerun, tetapi selepas melalui beberapa selatan tanpa di soal, rasa ragu2 itu menghilang.

Di Pos sempadan thai Betung, serahkan borang peristiharan kenderaan, kemudian berjalan ke imigration bersama passport. Immigration Malaysia hanya serah passport dari dalam kereta…. Dan SELESAI.

PERJALANAN Lebih kurang 1,700 Km bermula pada petang 26/1/2020 dan tamat pada petang 1/2/2020 …. Terima kasih Sadao- Pathtalung – nakhon Sitamarat – Surat Thani – Koh Samui – Kra Buri – Ranong – Kawthuang – Krabi –  Pattani – Yala – Betung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close