11/1/2020 (Pelanggan 4): Natasha Umira Bt Roslan (28), Kg Pendamar, Klang.
HATI UNCLE KENTANG‼️
Hari yang padat bagi dD…. tapi Mr Kuan ‘Uncle Kentang’ membuat permintaan khas melalui whatapps pada jam 2ptg ,’Pergi klang hari ni…… kesian’ (Dia dah minta tenguk dua hari lalu). Selepas settle 3 insan istimewa di bengkel, dD team ke Klang….
KESIAN (kata Mr Kentang)…You’re right‼️
✍️Natasha, Mengalami kemalangan yang meragut kaki kanan, atas lutut pada september 2019….
✍️Dia Ibu tunggal muda yang terpaksa menyara 5 anak bersendirian
✍️Dia Hilang kaki dan hilang pendapatan (dia adalah jurusolek)…. kini bergantung kepada bantuan bulanan Zakat Selangor RM650 sebulan
✍️kesempitan, dia membawa semua anak nya berpindah menumpang di rumah ibunya….
TAPI DIA TETAP CERIA❓….. “saya tak boleh murung….. saya ada 5 anak masih kecil (sulung darjah 3)… saya tak boleh lemah‼️”
🙏Moga dia terus kuat dan di permudahkan perjalanan hidup dia dan anak2 nya🙏
24/1/2020: HATI UNCLE KENTANG‼️
✍️MALAM NI ‘MAKAN BESAR’, ESUK TAHUN BARU CINA…. hari ni dia di sini‼️‼️
✍️Tak cuti❓”…. orang lapar, orang sakit ada cuti?….”🙏
✍️”rumah saya terbuka…datang lah, ada dua benda: 1. Kuaci 2. air mineral….”🙏
✍️hari ni dia pandu sendiri ambulannya dari Puchong ke Klang mengambil Natasha datang ke bengkel dD bersama 5 krew nya 🙏
KAMU CARI MAKAN…. ‼️(kepada dD)
✍️hari ni nak fitting…. semalam dia dah bayar untuk kaki palsu ini🙏