Pelanggan ke 2 tahun 2020.
5/1/2020: Che Harun B. Mohamad (52), Kampung Tekah, Assam Kumbang, Taiping.
Dia membayar sendiri kaki palsu nya ini.
“TOLONG CEPAT BOLEH TAK…..”
Itu permintaannya semasa di ukur tadi.
“Saya nak buat UMRAH bulan depan…. dulu nak pi, Dr tak benarkan sebab diabetis saya…
ni Dr. dah di benarkan.. Moga Allah tunaikan hajat saya. Kalau ada kaki palsu ni mungkin membantu sedikit sewaktu di sana.” Itu hajat beliau. Semalam anaknya, Adi,
menghubungi dD dan hari ni mereka sampai untuk ukur. “Kaki palsu dari SOCSO lambat lagi nak dapat…. saya bayar sendiri la yang ni” ( dia mendapat saraan pencen ilat dari Socso)
PEMAIN BOLASEPAK PIALA RAZAk PERAK
Rupanya dia adalah pemain handal “…. satu pasukan dengan Nizam Adzha dan Zaidi Napiah … dia mendapat gelaran ‘kereta kebal’. Tapi karier bolasepak terhenti setelah kemalangan jalanraya dia kakinya patah.
Semoga di makbulkan hajat Che Harun dan isterinya untuk menunaikan ibadah Umrah ke Tanah Suci dan di permudahkan urusan
16/1/2020: Dia datang fitting…
“ESUK MALAM BOLEH KAH ❓”
Itu soalan nya bila di beritahu (semalam) bahawa kaki nya dah siap. Dia nak cepat tapi hari ni dia perlu pergi dialisis….. maka dia bertolak dari Taiping pada jam 2 petang dan sampai di bengkel dD pada jam 8.10 malam.
dD permudahkan insan istimewa ini.
“KENAPA TAK DATANG ESUK SAJA❓”
Dia berhajat menunaikan ibadah Umrah pada 22/2/2020 “…saya nak berlatih guna kaki ni, mudah2an di permudahkan saya di tanah suci..” Aamiin.
“Saya ada 4 masalah: Jantung, buah pinggang, mata kelabu dan takdak kaki…. sebelum ni Dr tak bagi pi Umrah… sekarang Dr kata boleh, saya kena pi juga…. agensi yanh urus umrah ni uruskan dialisis dan kerusi roda serta penginapan sesuai untuk orang macam saya… Alhamdulillah “
10.40 malam, dia bertolak balik ke Taiping🇲🇾
Mudah-mudahan Allah makbulkan hasrat Che Harun dan isterinya ke tanah suci… dan dipermudahkankan urusan mereka