d celah kehidupan 190: Intan Shafinaz (39), Penang

PELANGGAN PERTAMA 2020

4/1/2020: Intan Shafinaz Bt. Sulaima (39), Kampung Lahar Kapar, Kepala Batas, Pulau Pinang. Dia membayar sendiri kakinpalsunya ini…. Terima kasih.

“SAYA TANYA DULU…. “

“Saya nak tanya dulu, siapa yang boleh tolong bawa saya…..”. Itu adalah permintaan nya apabila dD memberitahu dia perlu datang 2 kali, sekali untuk ukur dan sekali lagi untuk fitting.

Hari ini dia di bawa oleh sepupunya yang pulang ke P. Pinang semalam… (mereka tinggal di SetiaWangsa KL)… hari ni membantu , mereka bawa Intan Shafinaz ke bengkel dD, UKUR, dan kemudian bertolak balik semula ke PP. Esuk mereka kembali semula ke KL.

🙏salute kepada sepupu ini🙏

“KAKI PALSU SAYA TAK BOLEH PAKAI….”

Dia dah ada kaki palsu palsu yang di taja oleh agensi yang dia mencarum sewaktu bekerja.

TAPI dia langsung tak boleh pakai kerana sakit apabila di pakai (50% pemilik kaki palsu tidak menggunakan kaki palsu mereka  kerana tak selesa: Ottobock). Dia berharap kakipalsu buatan dD akan membolehkan dia bertatih semula “….. saya nak tenguk anak saya dalam majlis sekolah dia….”.

SARA HIDUP

Dia hanya bergantung kepada pencen ilat RM Allahyarham suaminya (RM 600 sebulan). Suaminya meninggal 2 tahun lepas,

dia bersendirian membesarkan 2 anaknya. “…. saya bertuah ada rumah pusaka yang saya tumpang berteduh bersama anak2 dan seorang abang saya……”

Semoga di ringankan dan dimpermudahkan kehidupan Pn Intan….

17/1/2020: Sekali lagi sepupunya suami isteri, Pn Hanim dan suami, Shahrin dari setiawangsa KL, kembali ke Penang dan membawa Intan ke seri Kembangan untuk fitting. Mereka yang juga membawa Intan untuk ukur sebelum ini.

“Kami bukan sahaja sepupu, tapi kawan dari kecik sampai sekolah di SMK Dato’ Hj Ahmad Badawi” kata Pn Hanim.

🙏salute kepada suami isteri ini 🙏

“ALHAMDULILLAH….. SELESA”

Pn Intan sudah mempunyai kaki palsu tajaan Perkeso (aruah suaminya) tapi dia tak selesa dan sakit apabila di pakai, telah beberapa kali ubahsuai…..

✍️“Saya dah lama ikuti fb kedidi… saya kumpul duit kerana………”

✍️“Abang saya kata, kakipalsu mahal pun tak boleh pakai……. boleh percaya ke yang murah ni?”

Selepas fitting dan troubleshooting hampir 3 jam…. dia melangkah di palang selari, walking frame, tongkat….. malah mahu berjalan turun 3 mata tangga di bengkel dD ke kereta sepupunya…

✍️”Alhamdulillah…. selesa, tak sakit.. terima kasih” katanya berulangkali

Semoga di ringankan dan dipermudahkan kehidupan Pn Intan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close