21/12/19: Pn Mariam bt AwangMat (63), Kg Bukit Grebar Bintang, Bandar Permaisuri, Terengganu. Amputasi kencing manis pada februari 2018.
ANAK-ANAK BERJASA❗️
dD di hubungi oleh anaknya Wan, hari ini Wan bersama suami (Fendi), membawa ibunya untuk ukur.
✍️“Kami adik beradik yang biayai kaki palsu emak”. Wan datang dari P. Pinang kerana dia mengikut suami dan menetap di sana. Fendi berasal dari P. Pinang.
✍️”Kalau boleh berjalan dengan kaki palsu ni, bukan nak bekerja…. hanya nak urus diri dan pergi surau je. Makan minum,
anak-anak yang bagi “ Kata Pn Mariam
✍️”Tahun lepas saya di bawa oleh anak menantu pergi umrah….. saya bersyukur”. Katanya bila dD melihat bertanya kerana, kerusi rodanya ada tag Tabung Haji
👍salute pada anak-anak menantu Pn Meriam. Dia yang berasal dari Narathiwat, berkahwin dengan orang Setiau, mengusahakan kedai makan bersama suami, mempunyai 6 anak…. kini di sara oleh anak-anak nya.
✍️kaki palsu Pn Meriam akan menggunakan kaedah biasa… tapi dD juga mencuba ACU ‘Soket Modular, Terbuka, Flexi dan build in Liner”…..saiz 15 ….. “OK tapi bila angkat rasa macam nak tercabut”, katanya…. 👌Perlu perbaiki ‘closure’ valcro atau tali pengikat‼️