30/11/19: Muhammad Amirul (15), Gelda Trolak Selatan. Murid Tingkatan 3, SMK Trolak selatan.
2019‼️SIRI UJIAN KELUARGA‼️
✍️Mac 2019: Arshad (54), ayah,
di tamatkan kerja setelah berkhidmat puluhan tahun di D Mart Trading, kedai serbanika milik felda. Dia adalah pekerja kontrak
✍️Mei 2019: Azizah (45), ibu,
di berhentikan kerja di kilang Western Digital, setelah 21 tahun bekerja di situ.
✍️Julai 2019: Amirul (15), anak: Kemalangan yang meragut kaki nya….
Azizah ramah berbual…..
“selama 21 tahun bekerja, saya menaiki bas dari sini ke petaling jaya😳Bangun jam 3.00 pagi ❗️,naik bas jam 4.00 ❗️……..habis bekerja jam 7 petang❗️Jam 9 malam sampai balik rumah”. 💪
“Saya sakit lutut…. Dr kata lutut saya macam dah berumur 60 tahun” 😢
“Anak-anak dan rumah di urus oleh suami”✔️
“Rumah kami ini di bina oleh Baitulmal Perak”
👌salute Baitulmal Perak
30/12/19:✍️Moga dia boleh ke sekolah dengan keupayaan baru… dengan kaki palsu nya ini✔️
TERIMA KASIH‼️
“Terima kasih….” Di ucapkan berkali-kali oleh ayahnya (Arshad), Ibunya (Azizah) dan jiran mereka yang membawa keluarga ini datang (Badrul Hisham).
“Kalau dD ke utara… singgah lah jenguk kami. Boleh makan nasi lemak kami”… kata Arshad.
(dD di bekalkan nangka madu dan cendawan sisir sewaktu ke rumah mereka untuk ukur dulu. Mereka memang baik hati🙏
BOLASEPAK KUDONG
Selepas dD memuat naik urusan ukur di rumah nya, Amirul di hubungi pasukan bolesepak kudong Perak…. dan dia telah bersama mereka ke perlawanan persahabatan dengan KL.
✍️Tahniah Amirul…. dia terus ceria dan positif
✍️Hari ini dia melangkah dengan yakin menggunakan kaki palsu tajaan PruBSN Prihatin….