26/10/19: Muhammad Azizi Bin Abdul Manap (29) ,Flat Desa Perangsang, Jalan PJS 3/52, Tamam Medan, Petaling Jaya.
“AKTIVIS TAMPAL JALAN”
Dia kehilangan kaki kanan (bawah lutut) akibat kemalangan pada 10.1.2011. Motosikal pinjam yang di tunggang nya di langgar kereta yang mengelak jalan berlubang. Pada 2012, dia menyertai LANDO, pelakon juga aktivis menampal jalan berlubang secara sukarela dengan nama BROTHERHOOD.
“Waktu itu bilangan sekarelawan kami amat kecil…. saya selalunya mengambil tugasan Marshall, jaga lalulintas sewaktu aktiviti menurap jalan berlubang itu…. Ini kerja sukarela untuk keselamatan orang ramai pengguna jalanraya. Kini Brotherhood dah besar. Alhamdulillah”
🙏salute BROTHERHOOD🙏
LINER DAH HANCUR & TAPAK PATAH
Kaki palsu yang di gunakan sejak 8 tahun lalu teramat uzur.. “saya kerja berat dan lasak setiap hari,
“✍️silicone liner dah lama hancur, tak ada liner lagi, pakai stokin saja….”
“✍️Tapak asal dari carbonfibre tahan 5 tahun, pastu patah .. saya ganti dengan kepingan besi pagar yang tebal tu, 2 tahun juga patah.. welding sendiri, dah lembik pula…”
“✍️Getah balut pylon dah hancur berderai… saya bungkus dengan plastik je…”
MAKANIK DAN JUAL ALAT GANTI ON LINE
Ini pula kerja saya untuk mencari makan, tak mampu nak dapatkan kaki palsu baru…
LANDO aka BROTHERHOOD
21/11/19: Jam 2.15 Petang, menjadi mercutanda kepada perjalanan dD KEDIDI kerana 2 PERKARA:
- Kedatangan LANDO ke bengkel dD. Pelakon dan pengarah filem yang terkenal sebagai aktivis dan penggerak usaha menurap jalan berlubang tanpa bayaran, dari usaha personal dengan bantuan isteri …. kini dah jadi fenomena‼️…. hari ini dia dan Hasbullah menemani teman brotherhood mereka, AZIZI dari Taman Medan datang untuk fitting… “saya akan datang lagi” kata LANDO.
- Protaip dD soket (versi 2), soket berciri flexi: SOKET MODULAR BERASASKAN SAIZ…. kalau ini berhasil, maka proses mengukur, membuat acuan, dan fabrikasi akan berubah ….. ini akan mengubah lanskap proses membuat kaki palsu….
HARI INI AZIZI telah di beri cuba soket MODULAR ini….. dia teruja dengan keselesaan soket tanpa ukur, tanpa acuan ini… dia berdiri dengan soket ini di atas kerusi … “wow…sangat selesa” kata Azizi.
Feedback pertama ini amat bermakna kepada dD ….. dD mungkin sudah mengubah SKRIP ‘proses’ membuat kaki palsu….
22/11/19: Muhammad Azizi Bin Abdul Manap (29) Flat Desa Perangsang, Jalan PJS 3/52, Tamam Medan, Petaling Jaya.
HARI NI FITTING
semalam dia dah datang dengan LANDO (BROTHERHOOD) dan rakannya Hasbullah. Fitting semalam tak sempat siap selesai, hari ni dia datang sendirian DAN beraksi dengan kaki palsu baru ini….
Aktivis tampal jalan berlubang tanpa bayaran ini berharap kaki palsu yang di perolehi nya akan membolehkan dia nekerja mencari makan (jual alat ganti motosikal) dan meneruskan kerja amalnya bersama BROTHERHOOD menampal jalan tar yang amat berisiko kepada pengguna jalanraya terutama penonggang motosikal sepertinya.
“kami tak ambil upah dan tidak memungut derma” katanya..
“SAYA TERUJA DENGAN PROTOTAIP SEMALAM” …
Semalam dia di beri cuba prototaip
dD soket, soket flexi ciptaan dD
“saya boleh berdiri dengan stump di sarung soket sahaja, malah bila saya bawa berat badan ke kiri atau kanan, selesa dan tak sakit..”
“tak perlu pakai pelapik (liner)…
rasa macam silicone liner kat dalam”
….. maka, Insyaallah dD akan memberi PERCUMA lagi satu kaki palsu menggunakan dD soket … dia akan menjadi PENGGUNA PERTAMA…. moga aktivis penampal jalan ini terus berbakti…