9/10/19: PERCUMA (cadang di biayai PruBSN)
Mahizan Bin Mansor (39), Belakang Bee Bee Park, Alor Star, Kedah.
SEBATANG KARA
Amputasi kerana kencing manis pada disember 2018…
“… ni rumah peninggalan mak/ayah. saya tinggal seorang diri… tempat ni selalu pula banjir… “
“…. dah jadi OKU ni, kena cari makan dengan terus jual burger… rakan dan jiran la dok bantu”.
“….. saya anak bungsu dari 5 beradik. Abang dan kakak ada keluarga masing- masing… “
“….. Yang bagitau dD pasal keperluan saya adalah seorang kawan muallaf yang selalu bantu saya”
Mahizan Bin Mansor (Jan, 39), Belakang Bee Bee Park, Alor Star, Kedah.
14/11/19: Jam 3 ptg, dD menjemputnya di KL central. Dia di temani rakan nya Khairul…
OKU bantu OKU
Insan istimewa yang hidup sebatang kara ini datang dengan keretapi ETS dari Alor Setar ke KL Central, temani rakannya se kampungnya sejak kecil ia itu Mohd Khairul Anwar (Khairul, 37). Khairul adalah OKU mental
..”setiap jari pukul 7 malam, saya kena makan ubat, kalau saya tak makan ubat saya boleh main atas batas” ( berjalan di jalanraya)
…”saya pun macam Jan , dapat elaun JKM RM 400….. saya keje cuci cawan di simpang kuala, gaji RM 25.00 sehari.”
…. “saya cuti cuci cawan dua hari mai teman Jan ni”….
🙏salute Khairul🙏
SEBATANG KARA
Mahizan: dD ke rumahnya untuk ukur pada 9/10/19. Dia tinggal sebatang kara di rumah peninggalan orang tuanya…..
“NAK BALIK HARI NI JUGA…”
Dia belum ada tiket untuk balik…. dD sudah menguruskan PENGINAPAN untuk mereka malam ini… Tapi selepas fitting jam 6.30 petang, Mahizam bertegas nak balik. dD hantar mereka ke KL central…..
“saya mai ni pasai nak ambik kaki ni je… dah selesai, saya boleh la balik”