2/0/19: JEJAK & KESAN (5)
DESTINASI: 2 (jam 3.15 petang)
PERCUMA
(cadangan di biayai PruBSN Prihatin)
Norlizawati Bt. Jusoh (32), No 259, Kg. Toking, Tepoh, Kuala Terengganu.
BOLEH JUMPA DI KUANTAN❓
12/11/18 (dah hampir 2 tahun lalu) dia mula bertanya kepada dD, tentang kaki palsu nya, dah tiga kali temujanji yang tak kesampaian.
Kali ini pula dia baru seminggu berpindah ke Felda Kratong 3 mengikut suami (Mohd Faishal, juga OKU berkerusi roda).”….Boleh jumpa di kuantan?” dia bertanya …. DAN hari ini, kami jumpa dan ambil ukuran nya.
TEMPAT😂… gerai makan ‘Sweet Oren’, warung belakang medan warisan, gerai masakan Thai beroperasi malam. Tuannya baik hati benarkan kami gunakan… sawadikap👌
DESIGN UNIK
Dia OKU sejak lahir, tanpa tangan kanan dan kaki kiri lebih pendek LK 7” dari kanan, tapi ada tapak berfungsi. Ini perlu design khusus.. dah guna kaki palsu unik sejak berumur 21 tahun, dah rosak.
“MACAM MANA AWAK NAK POTONG KAIN?”
Itu soalan penemuduga Satu institut kemahiran awam kepadanya yang memohon untuk belajar SKM tahap 4 bagi melayakkan dia menjadi pengajar.
“saya tak di terima kerana saya OKU…. saya dah ada SKM tahap 1,2&3, macam mana nak dapat sijil tu kalau tak boleh potong ?”
Menjahit menjadi punca pendapatannya
“Kalau datang ke Felda Kratong 3, singgah la di ‘Kedai Runcit Abang Beca’”, yang baru di usahakan oleh suaminya. Moga pasangan OKU gigih ini di permudahkan.
16/11/19: Norlizawati Bt. Jusoh (32), No 259, Kg. Toking, Tepoh, Kuala Terengganu, kini menetap di Felda Kratong 3, Pahang.
DESIGN UNIK
Dia OKU sejak lahir, tanpa tangan kanan dan kaki kiri lebih pendek LK 7” dari kanan, tapi ada tapak berfungsi. Ini perlu design khusus. Alhamdulillah…. design khas untuk nya ini telah dapat di gunakan dengan selesa.
Terima kasih PruBSN Prihatin. Moga kaki palsu ini akan membantu kehidupan insan ini.