d celah kehidupan 169: Maslan(48) Puchong

1/10/19: Maslan B. Ismail (48) , S462, Kg Seri Langkas, Batu 13, Jalan Klang Lama, Puchong, Selangor.

“TERIMA KASIH MAJIKAN”
Dia adalah pekerja MAS (Malaysia Airlines) di bahagian kargo sejak beroperasi di Subang hingga KLIA. Bila dia mengalami masalah kesihatan hingga di amputasi kaki kiri pada mei 2018, “Bos dan rakan-rakan saya membantu dan berusaha supaya saya mendapat pencen ilat dari SOCSO. Sekarang saya ada saraan itu, boleh la bernafas semula….. terima kasih kepada majikan dan sahabat uang membantu‼️”

“ALHAMDULILLAH”
“…. saya bersyukur kerana rumah ini walau kecil tetapi rumah sendiri di tanah mertua yang saya bina semasa bekerja. Kalau tak.. tak tahu la kami nak berteduh di mana‼️”

Isterinya, Pn Watie menjelaskan, “… kalau ada kali palsu, suami dapat urus diri dalam rumah pun sudah mencukupi”. Dia dan dua anaknya bekerja, seorang lagi masih bersekolah (3 anak)….” kadang tu suami tinggal seorang diri di rumah”

17/10/19: Maslan B. Ismail (48) datang ke bengkel.

“BOLEH FITTING KAT KERETA TAK?”

Dia berasa lemah, tiada tenaga, pautan tangan tidak kuat…. dan dia meminta supaya proses fitting kaki palsunya di buat dalam kereta sahaja. Itu tak dapat di buat. Maka, 4 orang membantu mengangkat dia turun kereta ke kerusi roda, menolak kerusi roda ke bengkel dan kemudian membantu mengangkatnya supaya boleh berdiri di palang selari.

“kalau dah boleh berdiri, bagitahu, kami akan pergi lihat semula di rumah, akan buat trouble shooting kaki palsu di rumah tuan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close