23/9/19: Md Noh B. Mustasim (51), Batu 9, Kampung Pondoi, Tampin, NS.
TERIMA KASIH ANAK MUDA🇲🇾
dD bertanya arah kepada 2 anak muda …”ikut kami”… dan dia menunggang motosikal hampir 5 KM hanya untuk membantu…👍
TRAJIS KEHIDUPAN
dD terperanjat melihat dua insan berkerusi roda di rumah terpencil ini. Mustasim,93 (bapa) dan Md Noh 51(anak)
Mustasim , uzur dan kabur penglihatan, memberikan kesimpulan…
“Allah menguji saya… saya peneroka awal Kg Pondoi ni, ada lebih 4 ekar sawit dan tapak runmah ni. Membesarkan 6 anak di sini. TERSILAP❓… hasrat membantu cucu yang nak mencari makan… akhirnya rumah dan tanah yang saya duduki ini bukan lagi milik saya .. tak boleh lagi diwariskan kepada yang berhak … nama dah bertukar‼️pemilik dah berubah‼️… saya dah jadi penumpang di sini😪pada usia ini😪
KETUA KELUARGA ❓
Yang bekerja hanyalah Pn Norizan (isteri Md Noh)….
“ dia hanya penoreh getah di kebun milik orang. Hari yang boleh toreh, ada lah hasil lebih kurang RM20 sehari.. sebulan antara RM 300 -500.”
“Dulu saya penoreh juga, sekarang dah tak boleh bergerak ni….
Ayah ada bantuan JKM RM300 sebulan…. “
4/11/19: Md Noh B. Mustasim (51), Batu 9, Kampung Pondoi, Tampin, NS. Datang bersama isteri dan anak bungsu nya.
“HUJAN… TAK NOREH ‼️”
Itu jawapan isterinya Pn Norizan bila di tanya hari ini. Dia kini dah jadi satu-satu nya pencari rezeki bagi keluarga ini. Suami (Md Noh) dah tak boleh menoreh sejak di amputasi. Bapa mertua nya, Mustasim (93) juga uzur dan kabur penglihatan…….
“NAK PERGI BILIK AIR SENDIRI JE ‼️”
Itu sahaja harapan menggunung Md Noh setelah urusan dirinya terpaksa di bantu oleh isteri dan anak-anaknya.
TERIMA KASIH PruBSN PERIHATIN
‘Mobility is life’ telah meringankan insan ini. Moga di permudahkan urusan keluarga