d celah kehidupan 158: Rosli (58) Alor Setar

19/8/19: Rosli Bin Abdul Rashid (55), 14-G , Lorong Puyuh, Alor Setar (Kg Limbong Kapal). Datang bersama isteri nya,  Pn Badariah dan dan akan tinggal di rumah anak saudaranya Nurul Fadira di serdang.

Bekas peniaga gerai minuman berdekatan stesen bas mara Alor Setar ni adalah juga bekas ketua kampung Limbong Kapal. Hilang mata pencarian sejak 6 tahun lepas (mulai 2013) apabila luka di kaki dan di potong jari kaki berkenaan, kemudian pada 8/8/18 dia kehilangan kaki kanan ( bawah lutut)

HIDUP INI RODA

“Masa boleh cari makan, agak senang dan boleh tolong orang. Kini, ada 4 tanggungan dan tak ada pendapatan … ada anak yang masih belajar dan ada yang tak nekerja kerana dok bantu urus saya”

“Datang ni pun saudara mara pakat tolong bagi belanja …. adik saya pun tak ada duit, dia bagi kad bayar TOL  … Kat sini tumpang tinggaj kat rumah sewa anak saudara ni”

Syukur, masa susah ni Allah sentiasa hantar bantuan. Kaki palsu ni pun mudah saja di bantu…..  

 

20/8/18 .. semalan datang ukur, hari ini fitting (dD siapkan dalam 24 jam bagi kes khas: JAUH dan SUSAH)

Rosli Bin Abdul Rashid (55), 14-G , Lorong Puyuh, Alor Setar (Kg Limbong Kapal). Datang bersama isteri nya,  Ipar dan anak saudaranya.

Bekas pengerusi JKK Kg Limbong Kapal , Alor setar ini yang hilang mata pencarian sejak di amputasi kini hidup berasaskan ehsan dan pemberian sanak saudaranya.

PEMBERIAN YANG ‘TAK TERBILAI’

Semasa bersalaman untuk meninggalkan bengkel:

✍️dia kelihatan sebak dan menghulurkan sampul kecil “saya nak bagi hadiah bagi pihak ibu saya pada kedidi… tiap hari mak saya telefon dan berdoa untuk saya. Dia sampaikan salam … segala pahala ini untuk nya….”

✍️selepas emosi nya reda… dia menyebut, dalam hidupnya ada DUA  pemberian yang amat bermakna kepada nya:

  1. Rumahnya yang di bina oleh adiknya. “rumah asal saya… kalau nampak ‘pokok hujan’ (langit mendung), saya anak beranak dah ketakutan‼️Adik saya tolong buat rumah untuk kami… Dia amat baik kepada saya‼️
  2. Kaki palsu ini “saya dan isteri dah minta dan hubungi berbagai pihak… tunggu dan tunggu sampai la tak ada jawapan. Kaki ni  bagi OKU macam saya ‘tak ternilai’… ia membuka jalan yang luas… memberi masa depan … “

RINGANKAN’

dD menyampaikan amanah PruBSN kepada Rosli Abdul Rashid. ‘Mobility is life’

 

 

10/10/19:KUNJUNGAN Silaturrahim ke Kg Limbong Kapal, Alor Setar. Penerima kaki palsu tajaan PruBSN Prihatin.

Rosli Bin Abdul Rashid menjemput kami ke rumahnya, dan dia serta isterinya Pn Badariah memerima kami dengan ceria dan ramah serta siap dengan sarapan nasi lemak dan mee hoon goreng.

“SAYA CEMBURU DENGAN TUAN”

Itu yang di ucapkannya, kerana…..” saya tak ada upaya untuk bagi bantuan kepada orang seperti yang tuan buat…” dD terkedu dengan kata2 dan sangka baik insan ini. Dia benar2 menyuntik semangat! 🙏Terima kasih tuan🙏

“ERTI KAKI PALSU KEPADA SAYA”

✍️”Masa mula pakai kaki tu, Pi ke Bank BSN , Alor Star…  saya ‘berasa bangga diri’… pasal boleh berdiri kat kaunter tu, dalam hati ‘aku pun sama macam hangpa’ …”

✍️”Dulu kalau keluar rumah, pergi 2 tempat saya iaitu hospital atau tempat kerja anak di KMC, depa ada kemudahan kerusi roda. Dah ada kaki ni , ke mana pun saya akan sampai jika perlu… ni dok nak pi majlis kenduri kawin pulak ni”

✍️” saya seakan dapat semula harga diri saya… rasa, ‘aku dah macam hangpa juga’ “

“Itu sebab saya cemburu pada tuan…. “ kata mantan pengerusi JKK yang kerap menjadi tempat mengadu orang kampungnya. Rumahnya dah jadi tempat aktiviti masyarakat… ada kerusi meja, malah rostrum!

DIA UCAPKAN RASA HATINYA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close