4/8/19: Md Fairul Bin Azmee (34),
No 16, Kg Telipok, Pasir Putih,
Kelantan.
TABIAT MAKAN
Anak muda yang baru berusia 34 tahun, kehilangan kaki kiri bawah lutut kerana kencing manis.
“Barangkali kerana tabiat makan, sebab saya pembantu jual nasi berlauk waktu petang dan malam di kawasan ini. kerap la makan nasi dan minum air manis dan bergas masa bekerja waktu petang hingga malam”.
“Kalau ada kaki palsu dan boleh kerja tolong jual nasi semula , saya tak mahu makan sesuka hati macam dulu…. lebih 2 bulan teramat sakit sebelum Dr. Potong kaki ni”.
KELUARGA
Bapanya Azmee (64), pernah bertugas dengan syarikat pengawal keselamatan… kini adalah penoreh getah di kebun kecil milik orang lain… hasil separuh untuk tuan pokok dan separuh untuk nya “ Tak larat, tapi kena buat untuk menyara keluarga”. Dia juga adalah pesakit kencing manis.
Ibunya Salbiah Ismail 63), adalah suri rumah .
“ 4 anak kami sekolah tak tinggi… mereka kerja dengan orang saja. Sekarang Ero (Md Fairol), anak ketiga dah macam ni pula… tapi kami Redho”
6/9/19: SEPUPU
Datang dengan ehsan sepupu yang memandu dari kampung. Asalnya dia nak tumpang bas saja. kemudian sepupunya Saiful
(32) dan Aliff (24), ‘cuti’ untuk memandu nya ke bengkel. Bertolak malam tadi…” kami lengah- lengahkan perjalanan..supaya lewat sikit, sampai jam 4.00 pagi tadi dah sampai… tido dulu dalam kete.
TUKANG GIGI PALSU
Alif ‘bercuti’ dari kerja ‘milih’ ikan di Pengkalan Pendaratan Ikan Tok Bali…. RUPANYA dia adalah tukang bikin gigi palsu yang terkenal di kawasannya. Belajar dari ayahnya ‘KU’, dia
menerima tempahan dari pelanggan dari merata tempat..”orang datang cari saya kerana cerita mulut le mulut saja…..
BEKERJA SEMULA
Md Fairul ingin bekerja mencari rezeki semula ….” jika boleh berjalan semula, nak kerja jual semula kot”, dia belum pasti