d celah kehidupan 150: Alfarizal (40) K. Terengganu

HARI 2 (4/8/19) :Check Point 1 (10.40)

PERCUMA
(di cadang di biayai PruBSN Prihatin)

Mohd Alfarizal bin Mohd Najib (40),
No 7699E, Kg Buluh Gading, Kuala Trengganu.
Alfarizal di bawa ayahnya untuk di ambil ukuran dibrumah neneknya, kerana berdekatan dengan penginapan dD kali ini, di Seberang Takir. Nenek Maimon (86), masih cergas, tanpa bongkok, membaca akhbar tanpa cermin mata, mendengar dengan jelas….. Alhamdulillah.
“Ini rumah persekutuan” kata Mohd Najib merujuk rumah ibunya, “Kami sentiasa berkunjung dan berkumpul di sini”
Mohd Najib adalah pesara, dia bekas penjaga stor JKR di Kuala Trengganu. “ hidup kami sempit tapi saya lebih pilu memikirkan Alfarizal (anak ke 2)…”

AlFARIZAL: UJIAN FIZIKAL BERGANDA
1. Sewaktu berusia 19 tahun (21 tahun lalu), kaki kanannya di lenyek bas. Kaki nya boleh di selamatkan tetapi lemah dan terpaksa bergantung kepada tingkat sokongan. Kesannya, technician penghawa dingin ini hilang pekerjaan. Alhamdulillah, ada penternak itik yang memberikan kerja untuknya…
2. Awal tahun ini, ujian kedua yang lebih berat. Kakinya dah 20 tahun selamat itu mengalami saluran darah tersumbat. Di masukkan ke hospital, sakit yang amat sangat lebih 6 hari, terlalu sakit, di suntik otomatik morphin setiap 10 minit, lebih 6 hari itu berterusan tidak tidur …. sehinggalah kaki kanan nya itu di amputasi atas lutut (AK)
KINI, tanpa kerja… dia bergantung hidup pada keluarganya. “Saya tak tahu bagaimama nak mencari pendapatan untuk menyara diri…”

2/0/19: DESTINASI: 3 (jam 6.30-7.30 petang)

PERCUMA UNTUKMU

(Di biayai PruBSN Prihatin)

Mohd Alfarizal bin Mohd Najib (40),

No 7699E, Kg Buluh Gading, Kuala Trengganu.

MERCU TANDA dD

Alfarizal dan hari ini menjadi detik penting dD dalam memberi perkhidmatan kaki palsu kategori atas lutut (AK) kerana:

  1. Dia adalah pengguna pertama komponen sendi lutut ‘four axis’ dari logam yang lebih bermutu dan stabil. KEKAL MURAH RM 3,600 (sebelum ini dD gunakan sendi Stanford-Jaipur di perbuat dari plastik poly)
  2. Dia adalah OKU pertama AK yang di buat fitting di rumah mereka, di luar bengkel dD  (darjah kesukaran AK dikatakan 5 kali lebih sukar dari BK.. banyak troubleshooting perlu di buat). Alhamdulillah di permudahkan dan BERJAYA‼️

dD meninggalkan rumah En Najib, ayahnya (pesara JKR) dengan rasa teruja kerana telah MERINGANKAN Alfarizal (“saya menunggu wang bantuan bulanan JKM untuk boleh pergi ke bengkel dD….. tak ada modal nak pergi”‼️)

Moga mangsa kemalangan (21 tahun lalu) yang di amputasi kerana saraf pada awal tahun ini…. memperolehi keupayaan baru. Aamiin.

TERIMA KASIH PruBSN Prihatin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close