d Celah kehidupan 148: Zulkifli (78) Temerloh

3/8/19: Zulkifli Abd Rahman (78)

Kg Sungai Rabit , Temerloh, Pahang (11.20 pagi)

HIDUP BERJASA

Warga emas ini mengorbankan seluruh masa dewasanya menjaga dan membesarkan 5 anak-anak saudara setelah bapa mereka meninggal  17 tahun dan di ikuti oleh emak mereka 13 tahun lalu. Semasa muda, dia adalah tukang kayu…rumah yang di dudukinya adalah di buat sendiri malah semua rumah saudara mara berdekatan di situ adalah hasil tangannya.

Membesarkan anak2  saudara yatim piatu ini:

Dia besarkan mereka bersendirian…

Dia tidak pernah berkahwin….

Dia tidak lagi bekerja… “ mengurus mereka, Menghantar mereka ke SK Jalan Bahagia, Temerloh dan ke SMK Seri Bahagia, Temerloh …. sehingga mereka tamat bersekolah. Mereka anak-anak kakak saya… mereka tanggungan saya”

“Saya mendapat bantuan bulanan JKM RM 350 sebulan, dengan duit itu lah kami hidup… ramai yang bertanya CUKUP KAH.. itu menyara kami?” Kemudian sejak dua tahun lepas ada pula bantuan Zakat Pahang RM 400.

“saya di potong kaki kanan bawah lutut dah 18 tahun (2002)… dapat bantuan kaki palsu tapi dah rosak… saya baiki sendiri tapi dia goyang.. “

Kini anak-anak ini dah besar, Mohd Syahrul (27), Nur Syuhada (24), Nur syurah (21), Nur Syamira ,Syuhairi (22) dan Syahir (19). Nur Syuhada menolak tawaran pekerjaan di Kuantan kerana tidak sampai hati meninggalkan PAK NGAH (zulkifli) yang masih menggunakan kaki palsu usang itu..

RINGANKAN’

dD mencadangkan kaki palsu pakngah Zulkifli di biayai oleh PruBSN Prihatin

13/9/19:

ANAK-ANAK SAUDARA

Hari ini dia di bawa oleh anak saudara nya Mohd Shahrul (27) dan adiknya Nur Syurah(21) untuk fitting. Warga emas yang tidak pernah berkahwin ini adalah penjaga yang membesarkan kedua mereka ini serta 3 lagi saudara mereka.

Alhamdulillah, tanpa banyak ubahsuai. dia dah selesa dengan kaki palsu nya. Dia sudah menggunakan kaki palsu bantuan JKM sejak 18 tahun lalu dan kaki berkenaan telah rosak.

“Terima kasih bantu saya” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close