dCelah kehidupan 147: Hurul A’in (38). Bangi.

21/7/19: Hurul A’in Bt Md Shaid (38), No 25, Jalan 6B/6, Syeksyen 16, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Di amputasi di Hospital Serdang pada 25/1/19 akibat kencing manis.

RUMAH MACAM WAD

Hurul adalah OKU tanpa kaki kanan bawah lutut , Bapanya Md Shaid Bin Mahmood (72) adalah OKU tanpa kaki kiri bawah lutut, Ibunya Halihah bt Hassan (60) mengalami sakit lutut juga berkerusi roda…..

Satu-satunya penghuni rumah yang sihat adalah  Mohd Shahir (32) “……’rumah saya ni macam wad hospital dah😪…. kadang tu kerusi roda kami berlanggar lagi” kata si bapa Mohd Shaid 😂

SOKONGAN KELUARGA

Penghunin rumah ini tiada pendapatan ….

MD Shaid (72) … bekas pemandu bas membawa pekerja

Halijah (60) …. suri rumah

Hurul A’in (38)….. bekas cashier

Mohd Shahir (32)….. akan bekerja sebagai pemandu pada minggu depan di mont Kiara.

“ ….. Anak dan saudara mara datang memberi bantuan kewangan sepanjang masa …. Alhamdulillah , kami boleh bertahan” 🙏tabik hormat kepada saidara mara yang terus membantu🙏

 

2/8/ 19: Hurul A’in Bt Md Shaid (38), No 25, Jalan 6B/6, Syeksyen 16, Bandar Baru Bangi, Selangor. Datang bersama napanya Md Shaid (juga OKU tanpa kaki kanan, BK). Di bawa oleh Pn Suria ( kakak)

“TERIMA KASIH BANTU KAMI”
“Nama Bangi tu besar, untuk orang besar-besar….. tapi kami bukan orang senang”, Kata Pn Suria (Ibu tunggal yang tinggal di rumah berdekatan rumah ibu bapanya). “Terima kasih datang ke rumah untuk ukur dan hari ni dapat kaki palsu adik saya, dan baiki kaki palsu ayah saya… tanpa perlu bayar apa-apa”

“KAMI BUKAN ORANG SENANG…”
Jelas Pn Suria lagi, “saya dapat saraan bekas suami untuk anak-anak. Saya tak bekerja, hampir setiap hari kerumah ayah. Ayah , Mak dan adik Hurul Ain ni tak bekerja, tak ada pendapatan. Ayah Pun OKU, Mak sakit lutut, tak boleh berdiri dan berjalan, Hurul Ain ni pula bukan saja tak de kaki , tapi mata tak nampak, Glaucoma. Dalam rumah tu, adik bungsu (Mohd Shahir) dan isteri dia saja yang sihat dan bekerja… Shahir kerja driver!!! “

BANTUAN ???
Md Shaid (bapa) ♿️…. “Isi berbagai dokumen …. ada yang jawab ‘tak layak’, ada yang tak jawab langsung. Zakat Selangor ada bagi kaki palsu untuk saya.”
Selain Suria dan Shahir (anak) yang menyara keluarga ini. Mereka sentiasa mendapat bantuan berterusan dari 3 anak saudara (anak kakak), mereka sentiasa datang berkunjung dan sentiasa menghulurkan bantuan….. “Barangkali mereka kasihan melihat keadaan kami”

Hurul Ain♿️…. “Saya bertuah sangat2, tak isi borang apa pun, tandatangan je dapat kaki ni. Terima kasih PruBSN” ✔️

 

23/8/19: Hurul A’in Bt Md Shaid (38), dari Bandar Baru Bangi, datang di bawa oleh rakannya.

😳”KAKI PALSU SAYA JADI PENDEK”😳

dD terperanjat bila dia call bagitahu “kaki palsu saya jadi pendek”. Pelik dan ganjil .

“Bawa ke bengkel.. nak tenguk”, dan hari ni dia bawa. Rupanya dia sangat aktif dan stump nya mengecil…. longgar dan stumpnya makin tenggelam ke bawah.

“tambah stokin”… dan dia pun tambahkan stokin ….. Hooorey‼️‼️‼️‼️‼️

Dia pakai… dia melangkah dengan walking frame….. kemudian dia melangkah tanpa memegang walking frame beberapa langkah…

TERUJA

Amat teruja dengan keupayaan baru nya.. keyakinan barunya…. semasa melangkah keluar bengkel dengan hanya menggunakan tongkat 4 kaki… SEKALI lagi dia teruja dengan kebolehan barunya…. TIDAK DAPAT MENAHAN PERASANNYA…. dia teresak-esak… terima kasih… terima kasih..,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close