d Celah kehidupan 144: Mazenah(64) Alor Setar

12/7/19: BANTUAN (1) MR KUAN ‘UNCLE KENTANG’

Baru berjumpa dan dia melawat bengkel dD pada 2 hari lepas (20/7/19). Hari ini (12/7/19), OKU pertama yang di taja nya dari A. Setar datang ke bengkel.

Mazenah bt Said (64) dari  No 61-B, Kampung Gunung Sali, Seberang Jalan Putra, Alor Setar, Kedah. Di amputasi tahun 2014 di hospital sultanah Bahiyah, Alor Setar. “…. 5 tahun selepas tiada kaki ni hanya terbaring dan duduk di atas katil saja”. Dia bergantung kepada bantuan bulanan zakat Kedahl

400.00 sebulan.

Anaknya Salwa bt Mohd Zaki (31), tidak bekerja kerana menguruskan ibunya sepenuh masa. Suaminya bekerja potong daging di market dengan gaji 30. “Kami benar-benar hidup susah… pernah telefon minta beras pada Mr Kuan, walaupun jauh……”

KAKI PALSU UNTUK MAK

”Mak selalu minta dan bertanya.. saya dah minta di berbagai tempat dan jabatan.. dah 5 tahun tak berenti daya merayu. BILA CUBA TELEFON MINTA BANTUAN MR KUAN dua hari lepas, minta kaki untuk mak… TUP-TUP, Hari ni kakak Yati (Hediyati- sukarelawan)ni bawa ke sini…. saya terharu”. Dia benar-benar tidak dapat menahan emosi😪… dia menangis di bahu Yati😭

Mr Kuan Uncle Kentang datang 7.30 … membawa mereka makan dan ke penginapan yang disediakan untuk mereka di Puchong.

 

 

PERCUMA (dari Mr Kuan)

13/7/19: Mazenah bt Said (64) dari  No 61-B, Kampung Gunung Sali, Seberang Jalan Putra, Alor Setar

Hari ini datang fitting pada jam 4.30 petang . Kes khas(jauh dan tidak sihat) yang disiapkan dalam masa 24 jam. Kaki palsunya SUPERLITE- RINGAN (956gm).

DUA HARI

Dia datang semalam dibawa oleh sukarelawan dari kedah (Hediyati). Yati terpaksa pulang awal paginkerana perlu berada di Sungai Petani jam 12.00 PM.

Hari ini, puan Maznah dan anaknya di bawa oleh seorang lagi sukarelawan, william. Dia juga akan membantu hantar ke Alor Setar malam ini selepas di beri makan oleh Mr kuan.

“KAMI BETUL-BETUL TERHARU” kata Pn Salwa (anak Pn Maznah)… sekali lagi dia tidak berupaya menahan perasaannya… “Setelah lima tahun ibu mimpikan untuk berdiri, hari ini amat bermakna kerana impian itu terlaksana walaupun ibu telah lemah kaki nya….” kami di bantu dan di jaga sedemikian rupa oleh orang yang kami tak kenali”

Kaedah kerja Mr Kuan Uncle Kentang LUARBIASA. Memberi PERTOLONGAN DARI RUMAH HINGGA KERUMAH kepada yang memerlukan:

Mengambil Pn Mazenah dari rumah di Alor Setar ke bengkel di KL …. sukarelawan

Makan dan penginapan di tanggung – percuma.

Kaki palsu di taja

Menghantar kembali dari KL ke Alor Setar.

🙏salute Mr kuan, Uncle Kentang🙏

 

Update21/7/17:

12/7/19: Di bawa oleh sukarelawan Hediyati  dari AS ke bengkel untuk di ukur. Mr kuan ‘uncle kentang’ membawa menginap di rumah nya, di Puchong

13/7/19: Fitting di bengkel dan di hantar balik dengan ambulan + penuh dengan beras dan bahan dapur …. Oleh Mr Kuan

14/7/17: Sukarelawan Hediyati mengirim gambar Maznah sebelah kaki palsunya

HARI INI 21/7/19: Anaknya , Salwa menghantar gambar ibunya bertatih dengan walking frame:

“ ….SETELAH 5 TAHUN EMAK terbaring di katil dan di kerusi roda “ 😊😊😊

838E4D2A-D872-4D0A-999F-B3BA3E263DC6

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close