d celah kehidupan 143:Jemilah(50) Sentul, KL

11/7/19: Jamilah Bt Dolah (50),no 44 jalan kovil ulu, sentul, Kuala Lumpur. Amputasi kencing manis pada 29/11/18 di HKL

SOKONGAN PADU

Suami kerja dispatch di Kenanga Investment, 3 anak pula berniaga makanan ‘buka payung’ di Jalan Semantan, Damansara. Dia yang juga  sebelum di amputasi membantu anak memasak menyatakan perniagaan kini amat malap, “lebih ramai penjual dari pembeli yang nak makan” TAPI mereka (suami dan anak) yang memberi sokongan PADU kepada saya sehingga boleh pulih dari rasa murung dan down.

MURUNG‼️❓

“saya tak mahu orang melawat… tapi ramai betul yang datang😂

“ramai nasihat SABAR lah….. korang tak tanggung boleh lah cakap😂

“kena kuat, be strong…benci betul dengar😂

“Ni dah Ok sikit. Nak buat kaki pula tak mampu, terjumpa kawan kat rehab, dia kata cuba kat kedidi, MUDAH. tapi tak tau pula nama dia”

🙏Terima kasih yang memberi khabar itu🙏

27/7/19: Jamilah Bt Dolah (50),no 44 jalan kovil ulu, sentul, Kuala Lumpur di bawa oleh suami Mohd Azam b Mat Ali (49) dan anak lelakinya ke bengkel untuk fitting.

SOKONGAN PADU

Melihat bagaimana suaminya memberi tunjuk ajar, membalut bandage nya, memimpin nya berjalan…. dan memberikan pendapat kepada isterinya…. membenarkan apa yang di katakan oleh Pn Jamilah pada 11/7/19 (sewaktu dD mengambil ukuran kaki di kediaman mereka – waktu itu suaminya, Mohd Azam tiada) bahawa…. “sokongan kuat suami dan anak-anak menyebabkan saya keluar dari rasa murung setelah tiada kaki dan tak boleh berjalan lagi….”

🙏tabik hormat kepada Mohd Azam🙏

Saya pun macam Umi dari Teluk Intan tu juga (dia mula ikuti fb kedidi) … “Tak percaya bila tuan kata nak datang ruamh… pastu terus ukur dan hari ni boleh berjalan dengan tongkat dah… dan dapat kaki PERCUMA. Suami saya lagi kuat tak percaya😳

Terus di sampuk Mohd Azam (suami)…. “macam mana nak percaya …..

✔️isteri dengar khabar angin dari peserta rehab saja… ‼️(dia belum lihat fb kedidi)

✔️Mana ada percuma sekarang … saya dah tanya semua tempat, semua RM 5,000 ke atas.. yang paling murah RM 4,800‼️

✔️Tak ada isi borang … macam mana nak di pertimbangkan untuk kelulusan‼️

“Kami hidup dengan  berniaga makanan ‘buka Payung’….. pendapatan tak menentu dan merosot. Anak-anak perlu berusaha lebih cari pendapatan sampingan” . Semua anak nya berniaga bersama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close