d celah kehidupan 142: Hussain ( 62) Petaling Jaya

 

11/7/19: Hussain Bin Abdullah (62), 612 Blok G, PPR Lembah Subang, Taman Putra. Petaling jaya

OKU BANTU OKU

Semalam, Sidi, OKU dari Rembau yang pernah datang ke bengkel dD menelefon dan meminta dD melihat OKU yang ditemuinya sewaktu OKU dari KL ini berkunjung ke Sana. Kata nya, “Saya OKU pun rasa hiba dengan apa yang di tanggung oleh OKU ni… tolong lah dia!!!”

Semalam Sidi telefon, hari ini dD mencari insan yang di maksudkan: Hussain… Hussain menunggu kami dengan baldi air kerana dah seminggu flat takde air.

TEKANAN HIDUP YANG TERSEMBUNYI

✍️Duda yang di tinggalkan isteri ini, menjaga 5 anak….. 2 anak tiri :1. Nurul Solehah 20 , penjaga bapa dan adik2 nya. dan 2. Mohd Aiman 15, Tg 3 SMK Lembah Subang). Mereka ada lagi 3 adik seibu& sebapa 1. Noor Hidayah, darjah 5 SK Lembah Subang 2. Norain darjah 2 dan Haziq, Tadika lembah subang.

✍️Di amputasi pada  Jun 2018 di hospital Sg Buluh akibat kencing manis. Dia juga lemah Jantung “kerap juga ayah menggeletar di lantai ni, saya hanya boleh urut saja. selepas makan ubat bawah lidah kalau dua biji tak baik, panggil jiran tolong hantar hospital…..

✍️tukang urut ini hilang upaya mengurut dan hilang punca rezeki. Dia hanya bergantung kepada ehsan Zakat Selangor RM 500 sebulan. “ Saya bersyukur, jiran dan kenalan sentiasa  memberi bantuan” katanya.

Sewa flat RM 124.00 sebulan dah 3 tahun tertunggak. “MANA saya NAK CARI RM 3,700 TU???? 😳😳😳‼️‼️‼️‼️❓❓❓

“Saya OKU pun rasa hiba dengan apa yang di tanggung oleh OKU ni… tolong lah dia!!!”

🇲🇾SIDI, OKU dari Rembau. Anda benar‼️

 

P/S: RINGANKAN…. PERMUDAHKAN

13/7/19: Pagi. dD Membawa 3 bungkusan pakaian baru dari sumbangan Ke, 612 Blok G, PPR Lembah Subang, Taman Putra. Petaling jaya

Sudah menunggu adalah Hussain Bin Abdullah (62) dan anak sulung yang menjaganya, Nurul (20) dan anak bungsunya, Haziq (Tadika lembah subang).

OKU yang hilang kaki, hilang punca pendapatan TETAPI …. perlu terus hidup dan perlu terus melindungi serta menyara 5 anak yang menjadi tanggungan nya….

“Saya OKU pun rasa hiba dengan apa yang di tanggung oleh OKU ni… tolong lah dia!!!” kata Sidi, OKU dari Rembau yang menghubungi dD tempohhari.

Hari ini dD menghantar 3 bungkusan pakaian dewasa dan kanak2 (baru bukan bundle)…. UNTUK MEREKA JUAL …. “jual lah walau pun dengan harga satu ringgit”. Apa yang mereka jual 100% menjadi pendapatan mereka.Moga ia boleh menjadi sebahagian dari cara mereka mencari rezeki… mula BERNIAGA.

Terima kasih kepada insan yang memberi sumbangan ini. Moga di berkati jua.
🙏dD TELAH SAMPAIKAN🙏

 

Sidi, OKU dari Rembau memberitahu dan merayu:   “Saya OKU pun rasa hiba dengan apa yang di tanggung oleh OKU ni… tolong lah ‘dia’  !!!”

‘Dia’ adalah, Hussain Bin Abdullah (62), 612 Blok G, PPR Lembah Subang, Taman Putra. Petaling jaya. Insan yang telah di amputasi kaki kiri pada usia emas, rupanya dia BUKAN HANYA  ‘hilang kaki’…..

Alhamdulillah… kaki palsunya di taja PruBSN Prihatin

TEKANAN HIDUP YANG TERSEMBUNYI

😪Duda yang di tinggalkan isteri ini, menjaga 5 anak….. Nurul Solehah (20), Mohd Aiman 15, Noor Hidayah (12), Norain (9) dan Haziq (5)

😪Tiada pendapatan… hanya bantuan Zakat Selangor RM 500 sebulan…. sewa rumah dah tertunggak 3 tahun‼️

😪Hussain juga ada masalah jantung … “ ada ketika, waktu malam, berdenyut dan saya memggeletar di lantai simen ini.Nurul akan bangun dan cuba tolong…”

NURUL SOLEHAH

Kini Nurul Hidayah , gadis remaja baru berusia 20 tahun, membesar di Pulau Langkawi, tercicir Ting. 4 (SMK Mahsuri)…. KINI terhimpit di PPR kota besar. BAHU nya semakin sarat dengan tanggungan…

✍️Dia menjaga bapa yang uzur dan tanpa kaki

✍️Dia menjadi IBU kepada adik-adiknya….

✍️Dia mula menjadi pencari nafkah keluarga ini…..

13/7/19: dD menghantar pakaian untuk dia cuba ‘merasai jual-beli’…. jual lah walau dengan harga RM 1.00

17/7/19: Alhamdulillah…. dia boleh menjual (3 bungkusan dah tinggal 4 helai) … MOGA dia boleh melihat ini ‘perniagaan’. InsyaAllah ada sumbangan lagi untuk dia jual…

17/7/19:Alhamdulillah…. seorang insan jauh di utara yang ‘terdengar’  penanggungan keluarga kecil ini, berhasrat membantu

19/7/19: d CELAH KEHIDUPAN: RINGANKAN✍️

Amanah di sampaikan: Pakaian untuk Nurul Solehah(20) dan bapanya Hussain Abdullah (62) untuk mereka jual.

“Ini pakaian baru dari gudang. Jual lah walau dengan harga  RM 1.00, Semua hasil jualan untuk kamu sekeluarga …. “ Moga dapat  MERINGANKAN sedikit beban mereka

   “Saya OKU pun rasa hiba dengan apa yang di tanggung oleh OKU ni… tolong lah ‘dia’  !!!”

Rayu Sidi, OKU dari Rembau untuk mereka ini🙏

After you shared with me their story, i couldn’t stop thinking of them….. kata insan dari utara yang kemudian menawarkan bantuan🙏

26/7/19: Hussain Bin Abdullah (62), 612 Blok G, PPR Lembah Subang, Taman Putra. Petaling Jaya datang bersama anak sulung (Nurul Solehah -20) dan anak bungsu (Haziq – 5)

 

26/7/19: LRT (Light Rail Transit)
Mereka menggunakan pengangkutan awam LRT yang padat dan agak sukar bagi OKU. Dari Lembah Subang kemudian menukar train di Putra height ke Bukut Jalil.. dengan kerusi roda, dari situ dD menjemputnya untuk ke bengkel ….. dan balik melalui proses yang sama.
Kenapa tak gunakan teksi sahaja ❓ Kan Susah bergerak dengan kerusi roda ni❓… dia hanya tersenyum…. tidak menjawab‼️
TAPI dia cekal dan dengan cepat boleh melangkah tanpa sokongan tongkat

TEKANAN HIDUP YANG TERSEMBUNYI
Duda yang di tinggalkan isteri ini, menjaga 5 anak….. 2 anak tiri :1. Nurul Solehah 20 , penjaga bapa dan adik2 nya. dan 2. Mohd Aiman 15, Tg 3 SMK Lembah Subang). Mereka ada lagi 3 adik seibu& sebapa 1. Noor Hidayah, darjah 5 SK Lembah Subang 2. Norain darjah 2 dan Haziq, Tadika lembah subang.

HARIAN METRO
kisah mereka tersiar di Harian Metro beberapa hari yang lepas… “ada yang bertanya untuk membantu kami…. tapi tak tahu lah bagaimana” Kata Nurul Solehah. MOGA BEBAN MEREKA DI RINGANKAN.

‘PERMUDAHKAN’
“Saya belum mohon… dah dapat kaki palsu ni… Alhamdulillah “…. Keperluan nya di beritahu oleh Sidi (OKU dari Rembau).. dD ke PPR kediamannya… terus mengukur dan mengisi borang ringkas kami (dD&PruBSN Prihatin). Dia tak tahu pun ada borang yang di isi. PERMUDAHKAN ✍️

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close