dCelah kehidupan 141:Umi Khalthom (44) Teluk Intan

8/7/19: Umi Khalthom Bt Ibrahim (44), Parit 3B, Sungai Manik, Teluk Intan, Perak. Dia datang bersama suami dan tiga anaknya untuk ukur.

MAJLIS PENYERAHAN & SESI RAMAH MESRA BERSAMA PROGRAM ‘MOBILITY IS LIFE’

(program tanpa majlis dan tanpa protokol ini … ✍️hari ini ada majlis untuk tujuan mempertingkatkan hebahan , moga sampai kepada pengetahuan insan yang memerlukan)

Dia di atur datang untuk sesi ukur dalam majlis ini. Sampai ke bengkel pada jam 9.45 pagi sewaktu bengkel dalam proses bersedia😊Kenapa awal?   

SAYA TAK PERCAYA SANGAT….

“…. saya tawakal je datang ni kerana.. minta maaf la. Saya tak percaya sangat kat  program ni … saya dah 3 tahun kaki di potong, dah lama minta.. tak dapat jawapan.😇😇😇

Terjumpa fb kedidi, tanya kat whatapps…tak sampai seminggu … LAYAK, boleh datang ukur… CAMNA nak percaya??

Suami nya pun tak percaya “Saya dah syak  .. bila program ni tangguh seminggu (tangguh kerana jadual VIP penuh).. saya yakin ini nak tipu.. Saya minta MAAF la ada prasangka ni 😳😳😳

“PERMUDAHKAN dan RINGANKAN mereka.. “

kata-kata yang sudah menjadi mantra PruBSN Prihatin dan Kedidi, bila di terjemahkan menjadi PERBUATAN, rupanya mengundang tanda soal juga 😳

✍️KAMI akan meneruskan cara ini …

9/7/19: … hari ini siap, fitting dan balik dengan kaki palsu nya (siap dalam 24 jam. kes khas)

“SAYA TAK MAHU TANGGALKAN LAGI”

Itu yang di ungkapkan semasa dD menasihatkan di tanggalkan kaki palsu nya sebelum menaiki kereta dan bertolak balik ke Teluk Intan. “Dah hampir tiga tahun saya memohon bantuan dari berbagai tempat, isi berbagai borang …. tak ada jawapan. TIBA- TIBA  hanya dengan whatapps sahaja maklumat ringkas, lepas tu tuan cakap boleh datang ukur. Saya datang dengan ragu2, suami tak percaya, anak2 tenguk fb berkali2… kami tawakkal sahaja datang semalam…. kemudia di beri tempat tinggal lagi, hari ini pakai kaki palsu dan mula boleh berjalan… saya masih macam tak percaya.. SAYA TAK MAHU TANGGALKAN LAGI😳‼️

Suaminya, Jaafar bin Dasuki (53), tukang kayu di kampungnya berkata, “Saya tak percaya… saya takut isteri saya kecewa, kerana isteri daya terlalu mengharap nak kaki palsu untuk berjalan semula”.

“…,Orang susah macam kami MOHON SEKALI sahaja, Orang yang tak berapa susah yang akan MOHON BERKALI2”…  itu penelitian dan penilaiannya🇲🇾

 

P.S/ 9/7/19: OUR OPTIMETRIS

😳😳Tiba-tiba bengkel dD memberi perkhidmatan cermin mata❓❓‼️

KHAS untuk Pn Umi yang datang untuk kaki palsu tajaan PruBSN Prihatin… mereka melihat cermin matanya yang dah patah dan uzur, dan ALHAMDULILLAH.. mereka membantu, PERCUMA lagi.. tanpa karenah👍👍👍👍

Rupanya Pasukan “Our Optimetris” ini juga terlibat dengan PruBSN Prihatin dalam program ‘Vision for education’… cermin mata percuma kepada murid yang memerlukan di sekolah terpilih

PLUS: Pasukan ini melakukan perkhidmatan sosial membantu dalam bidang kepakaran mereka …Kampung orang asli, pedalaman sabah &sarawak sudah menjadi medan mereka …. selain program harian dan mingguan di lembah kelang

Berbual panjang dengan mereka menimbulkan rasa kagum kepada anak-anak muda ini dan kagum kepada PruBSN Prihatin yang mengesan dan membantu ‘unsung heroes’ ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close