d celah kehidupan139: Rohani (64) Batu Kurau, Perak

5/7/19: Pn Rohani Bt Pin (64). No 13A, Kg Pondok Quin, Batu Kurau , Perak. Di amputasi di hospital Taiping pada Januari 2019.

KASIH SAYANG ANAK-ANAK

“Saya bersyukur anak-anak amat mengambil berat”. katanya.

Itu bukan kata-kata kosong. Anak sulungnya, Pn Rohana (36) yang menetap di Terengganu bersama suami, dia menghubungi dD, membuat temujanji, hari ini datang ke bengkel dD dari Terengganu. Anak bungsunya, Mohd Khaizam (27), membawa ibunya dari Kuala Kurau ke bengkel hari ini. Dia bekerja dinLouis Hotel, Taiping tetapi memilih untuk berulang dari rumah kerana mahu bersama ibunya . Tiga anak nya yang lain (Rosnani, Mohd Khairul dan Mohd Khairi hampir setiap minggu pulang menziarahi ibu mereka walaupun ada yang bekerja di Johor).

✍️” Saya bayar penuh, tuan boleh bantu orang lain”. Kata Pn Rohana dengan sopan apabila dD menawarkan harga diskaun amal untuk ibunya. Dia bayar Penuh. Semoga di berkati jua. Aamiin.

YATIM PIATU

Datang bersama adalah RIDUAN HAKIM (11 tahun). Dia anak Yatim piatu anak saudara Pn Rohani … dia memeliharanya. Anak-anak Pn Rohani memanggilnya ‘adik’. “Ini adik kami’

Riduan ingin melihat ‘kerja’ di bengkel.. dD memmbawa  nya ke dalam dan memberi penerangan khas untuk nya. Moga anak yatim piatu ini di permudahkan urusannya. 🙏tabik hormat kepada Pn Rohani dan anak-anak🙏

6/7/19: ALHAMDULILLAH… TERIMA KASIH!!

Ulang nya berkali- kali apabila sudah boleh melangkah menggunakan walking frame dan kemudian dapat duduk sendiri di kerusi.

“lepas ni boleh la masuk dusun tenguk durian”

dD bergurau kerana dia datang dari Batu Kurau… itu tempat durian❗️

“Saya tak de dusun durian… saya pun beli durian untuk makan. Tapi datang la, saya akan bagi cik makan durian” katanya 😂

Anak sulungnya Pn Rohana yang datang dari Terengganu dan sentiasa berada di sebelah ibunya sewaktu ibu itu melangkah… tersenyum dan mengiyakan pengakuan ibunya.

Pn Rohana membayar penuh harga kaki palsu untuk ibunya.

PS:

7CE36B1C-9F0E-4925-BD4C-8B40E49D7A8A

12/7/19: RINGANKAN… PERMUDAHKAN

Hari ini membawa Mohd Affendi (46), OKU dari Kuala Kangsar yang menumpang tinggal di rumah anaknya. Bekas tukang masak ini amat kesempitan kerana tiada pendapatan, dia hanya bergantung kepada saraan RM 200 dari JKM. Anak yang di tumpanginya bekerja jaga dan tinggal di flat kos rendah di Puchong.

“saya nak cari makan sementara masih ada tenaga ni , saya nak buat charco … tapi tak ada modal nak beli alat dan bahan” Katanya semasa dD mengambil dan menghantarnya bagi urusan kaki palsu yang dia dapat PERCUMA (Tajaan PruBSN Prihatin.

Alhamdulillah, hasratnya di permudahkan. Seorang insan memberi sumbangan kepada dD dan hari ini dD membawa Affendi membeli keperluan  dan menyampaikan sedikit wang tunai … MOGA dia boleh memulakan usaha mencari pendapatan. RINGANKAN beban yang sedang di tanggung nya. Aamiin.

TERIMA KASIH kepada insan yang MEMBERI. Moga di berkati.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close