3/7/19: Hamzah Bin Othman (46) dari No. 401, Jalan 7/116B, Kuchai Enterpreneurs Park, Jalan Kuchai Lama, KL.
Amputasi atas lutut di hospital Muar pada 2011 kerana penyakit DVT (Deep Vein Thrombosis, darah menjadi pekat dan membeku). Dia mula merasai nya pada jun 2010, dia merasa kejang dan sakit di kaki. Setelah berulang alik ke klinik, tanpa dapat mengesan puncanya, dia ke hospital, dari hospital, kemudian di rujuk ke HUKM. Di sana di buat ‘bypass’ kat kaki… masalah tak juga selesai. Bila sah kronik, dia memilih hospital Muar untuk amputasi kakinya.
Bekas penghantar barang ini, mendapat Pencen ilat dari SOCSO sebanyak RM 700 sebulan. Dia tinggal di kuala Lumpur kerana ibu dan saudara mara nya berada di sini. “Apa-apa mereka akan datang membantu”. Hari ini dia datang di bawa oleh anak saudara nya Syafiq. “Tapi hidup di sini, dengan pendapatan kecil ni perit la sikit… “