d celah kehidupan 137: Salmi (46), Labu, NS

2/7/19: Salmi Binti Mohd Paiz (46), Kampung Pelegong, Batu 8 Labu, Seremban, Negeri Sembilan.

LANGGAR LARI

Dia adalah mangsa kemalangan  jalanraya langgar lari pada 12/8/16, apabila membonceng motosikal yang di tunggang suaminya (Azizan Omar), di batu 6, Jalan Labu. Tidak mendapat apa-apa perlindungan akibat kemalangan ini…

Dia cedera parah, PATAH TULANG: siku tangan, pinggul,paha, lutut, betis, buku lali dan 3 jari kaki kanan. Selama 3 bulan dia menjadi penghuni wad di hospital Tunku Jaafar, Seremban….. Kini, setelah sembuh, tumit kaki kanan nya menjadi singkat 4 inci tetapi hujung jarinya ke bawah. Ini bukan bentuk ‘kaki palsu biasa’ .. ‘dD, buatan tangan, tiada yang mustahil’. InsyaAllah moga dia boleh bertatih semula.

Dia mengambil upah menjahit, mula menjahit semula pada disember 2018, terpaksa ubah guna kaki kiri, kekok juga. Suami pula pemasang khemah, jika ada kerja, ada lah gaji. “Saya tinggal di rumah PPRT yang di bina secara sukarela oleh BOMBA negeri sembilan”.

🙏salute BOMBA Negeri Sembilan🙏

 

 

15/8/19: Salmi Binti Mohd Paiz (46), Kampung Pelegong, Batu 8 Labu, Seremban, Negeri Sembilan.

DOA DI MAKBUL

“Tumit  kaki kanan nya menjadi singkat 4 inci tetapi hujung jarinya ke bawah. Ini bukan bentuk ‘kaki palsu biasa’ .. ‘dD, buatan tangan, tiada yang mustahil’. InsyaAllah moga dia boleh bertatih semula”

ini doa semasa ukur pada 2/7/19. Dia dah bertanya di merata tempat , dan Ini pengalaman pertama dD team membuat ‘calipher’ untuk ‘dropfoot’ seperti keparluan Pn Salmi ini

Alhamdulillah, selepas ubahsuai …dia boleh berdiri dan melangkah:

“…. mama dah boleh berjalan‼️” dia menjerit kepada dua anaknya yang ikut bersama.

“…. saya harap, bila dah boleh bergerak sendiri dalam rumah, saya boleh menjahit dengan lebih mudah ‼️  dia mengambil upah menjahit pakaian untuk menampung perbelanjaan.

“…. betul-betul tak sangka ada bantuan seperti ini (kaki palsu)”. Terima kasih PruBSN Prihatin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close