d celah kehidupan 136:Mohd Syafiq(27) kuala ketil

1/7/19: Mohd Shafiq Bin Mohamad (27). No 92, Kampung Masjid, Binjul Luar, Kuala ketil, Kedah. Dia datang bersama bapanya , Mohamad b Saad (55)

KEYAKINAN DIRI LUARBIASA.

Dia OKU sejak lahir, Dua kaki tanpa tanpa tapak , tanpa kedua tangan (paras siku)…TETAPI dia langsung tidak berusaha menyembunyikan OKU pada dirinya… dia berjalan bersahaja (teringat Sebiji seperti Jaffri dari Machang. Kelantan).  “Saya selalu pi tenguk bola sepak pasukan kedah lawan… ada kad OKU Kedah bagi masuk Free. Masa kedah final dengan pahang tahun lepas saya mai tenguk di Shah Alam”

Bersekolah di SK Binjul, SMK Tanjung Puteri, Kuala Ketil sehingga tingkatan 3, kemudian membuat kerja2 di PDK (Pusat Dalam Komuniti), JKM kuala ketil.  Pada 2012, dia mengambil kursus jahitan di PLPP Bangi.

“Saya cari makan  dengan mengambil upah menjahit. Dok kampung ni, sat ada keja, sat tak da… lepas raya ni baru 3 helai je jahit . Bapa pula dok motong getah je”

7/7/19: Menjemput Mohd Shafiq Bin Mohamad di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) … dia yang kedua tangan di paras siku, kedua kaki hanya mempunyai tumit, Menaiki bas dari Sungai Petani, Kedah. Dia datang bersama bapanya untuk ukur pada 1/7/19… esuk akan fitting dan ambil kaki di depan penajanyanPruBSN Prihatin.

Anak muda berusia 27 tahun dari No 92, Kampung Masjid, Binjul Luar,Kuala Ketil ini mempunyai KEYAKINAN DIRI LUARBIASA.
Dia OKU sejak lahir, dia tidak menghiraukan bisik- bisik di sekitarnya…. semasa melihat nya menyuap nasi ke mulut, dD terpegun,
“nak ambil gambar boleh ke?”
“ambik la, banyak pun tak pa”
“Nak masuk fb boleh ka”
“masuk la… tak da hal”

🙏tabik hormat pada insan istimewa ini🙏
Malam ni PruBSN bagi dia bermalam di Suns Inn hotel Equine. Terima kasih PruBSN Prihatin

✍️ALHAMDULILLAH ✍️
7/7/19: Setelah membuat fitting dan ubahsuai chopart Mohd Shafiq (petang hingga malam ni), dD membawanya dengan ‘kaki baru’ nya ke AEON Equine Park, terus masuk ke kedai kasut BATA pada 9.45…. memilih, di layan pembantu kedai yang ramah membantu (🙏terima kasih🙏). AKHIRNYA … dia melangkah dengan bergaya ke luar. (kami keluar, roller shutter pun di tarik, tutup). Alhamdulillah
Dia akan ke majlis bersama penajanya PruBSN di bengkel kedidi esuk (8/7/19) dengan KAKI BARU dan KASUT BARU.

“Dah lama saya tak pakai kasut orang normal ni … “ bisiknya sambil berjalan keluar…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close