d celah kehidupan 135: Siti Norazida (33) kepala Batas. P. Pinang

29/6/19: Siti Norazida bt. Amir Hamzah (33)

No.5979, Jalan Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau Pinang. Amputasi atas lutut (AK) kerana jangkitan kuman pada saraf.

“Saya demam berterusan mulai nov 2018. Mulanya di syaki masalah buah pinggang, masuk MRI, tak dapat kesan punca. Kemudian di syaki gout. Kemudian kaki sekejap bengkak dan sekejap surut. Masuk wad 26/1/19- 19/2/19 di hospital Seberang Jaya …… akhirnya di operate buang kaki kiri”

Janda beranak 2, Bekas pekerja kilang eletronik TF-AMD , kini menganggur. Sejak sakit, anak-anak tinggal bersama bekas suami. Sumber pendapatan hanya dari bantuan zakat Pulau Pinang sebanyak  RM 300 sebulan untuk tempoh setahun sahaja.

“ saya bernasib baik kerana boleh tinggal di rumah tinggalan mak dan ayah. Saya tinggal bersendirian… boleh jalan lompat-lompat pakai  crutches. Emak meninggal pada 22/4/19, dua bulan selepas saya di amputasi pada 16/2/19.”

“Kalau ada kaki palsu dan boleh berjalan sendiri…. saya nak cuba minta kerja kat stesyen minyak atau restoran Macdonald”.

29/6/19: Siti Norazida bt. Amir Hamzah (33).

dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Kaki ini dia datang bersama kakaknya Masnita.

MALANG HARI NI: BAS ROSAK

“mai naik bas dua tingkat supaya boleh duduk bawah… sampai sungai perak, bas tu rosak, depa ganti bas persiaran… naaf la sampai lewat ni”

TUAH HARI NI : PENGINAPAN dI TAJA

Dah lah kaki palsu nya PERCUMA (PruBSN), Seorang kenalan dD pula memberi sumbangan untuknya tanpa mahu di kenali… dia akan menginap dua malam di Sun inns, Equine m, juga PERCUMA. Terima kasih sahabat. esuk dan lusa kalau ada keperluan memperbaiki kaki pslsu itu…. bengkel kami tersedia untuk nya…

5A33EBDB-8172-4252-BA5F-F863D37CAA24

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close