24/6/19: Ahmad Jeraimi Bin Osman (70) , No 109, Nlok 3, Felda Mempaga 03, Karak,
Pahang.
CABARAN
✍️Akibat kemalangan dia di amputasi paras tumit, di hospital Temerloh.
✍️Hampir serentak, anak sulung nya Mohd Azlan (34), di amputasi atas lutut akibat sakit saraf.
✍️Isterinya ,Saripah bt Muhamad (65) juga tidak sihat
✔️Anak bungsunya , Muhammad Khairul Azmir (28) yang bekerja dan tinggal di kuala Terengganu berulang alik SETIAP minggu kembali ke FELDA Mempaga untuk menjaga keperluan keluarganya. Dia mengambil cuti tanpa gaji selama dua (2) bulan untuk menguruskan keluarganya sewaktu bapanya kemalangan. “Kalau kaki ayah ni dah siap, saya minta izin untuk datang pada hari cuti…..”
13/9/19:“MAAF LA, LAMA KAMI TAK DAPAT DATANG”
Datang ukur pada 25/6/19, hari ini baru ada kesempatan untuk datang semula untuk fitting dan ambil. Dia ada dia anak, anak sulungnya Mohd Azlan (34) juga menjadi OKU di amputasi atas lutut, sekarang berada di rehab perkeso Melaka. Anak bungsunya Muhammad Khairul (28) yang bekerja di kuala Terengganu adalah tenaga tunggal yang berupaya membantu kerana ibunya juga sudah uzur.
“maaf la, lama dah siap tapi kami tak ada kesempatam nak datang” kata Khairul.
Ahmad Jeraimi dan anak nya membayar sendiri kaki palsunya.