16/6/19: Johari Bin Anuar (17) , No.1088, Lorong 16, Taman Jasmin, Seremban.
Murid Tingkatan 5, SMK Senawang, Seremban. (Terima kasih Amarul, rakannya dari SMK Seri Pagi, Seremban, yang menghubungi dD dan menunjuk jalan)
KEMALANGAN
Murid ini bersama rakan nak ke Port Dickson sewaktu Kari Keputeraan Yang Dipertuan Besar NS 2018. Selama 5 bulan dia hanya terbaring, di rawat di hospital Tunku Jaafar, Seremban.
BAPA “….HIDUP INI SIRI UJIAN”
Anuar Bin Bakar (59) , bapanya… dia adalah duda yang menjadi bapa tunggal yang menbesarkan 3 anak.
✍️bercerai 12 tahun yang lalu.
✍️benhenti kerja sebagai Pemandu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk menguruskan anak yang masih kecil… minta macam2 bantuan.. Alhamdulillah , rezeki anak2… anak-anak dapat ‘Bantuan Kanak-kanak JKM’.
✍️Mula jadi pekerja kantin SK Temiang.. pastu jadi pengusaha kantin sekolah berkenaan dengan bantuan Baitulmal NS “semua peralatan asas, beli barang sewaktu memulakan, di biayai Baitulmal NS’. Kemudian ke SMK TTJ tapi….
✍️… terpaksa berhenti separuh jalan, kemudian…
✍️anak (Johari) kemalangan… 5 bulan menguruskannnya sepenuh masa
kini setiap hari menolak kerusi roda uzur (sumbangan) masuk dan keluar kelas anaknya…
✅kini dia (Anuar), mula semula bertatih senula di sek kecil Sk TTJ, Seremban. “walau umur dah tinggi…. kita perlu cari makan juga”
5/10/19: hari ini Johari Bin Anuar (17) dari Taman Jasmin, Seremban datang ke bengkel. murid tingkatan 5, SMK Senawang) ini di bawa oleh bapanya Anuar menggunakan perkhidmatan kereta grab…
✍️”minta maaf kerana dah lama tuan siapkan kaki anak saya tapi saya tak boleh nak datang lebih awal…. “ dD ambil ukuran di rumah bapa tunggal ini pada 16/6/19 dan siap 3 minggu selepas itu. Dah tiga bulan lebih dia… dia tak dapat datang‼️
✍️”minta maaf kerana dua minggu lepas janji nak datang tapi tak boleh juga datang kerana hari tu tak dapat cari grab… “ dia tidak mempunyai kenderaan untuk membawa anak nya mendapatkan kaki palsu PERCUMA (ditaja PruBSN ini)..
Terima kasih PruBSN kerana menaja.