d celah kehidupan 130: Pn Aminah (71) Gerik

12/6/19: Pn Aminah Bt Hj Hamid (71), No.3A, Jalan Pecah Batu, Bongor, Gerik, Perak. Dah Setahun warga emas ini ♿️berkerusi  roda setelah di amputasi di hospital Taiping pada 9/3/18.

♿️TETAP PERLU BEKERJA ✍️

“Kalau tak kerana kaki kena potong, saya akan terus menoreh getah”… begitu lah komitmen balu berusia 71 tahun ini. “dulu menebas, menebang, berhuma, bersawah. menoreh dan apa sahaja. Kami ni orang susah”….

Kini dia dia tinggal berdua dengan anak bujang bungsunya, Abdullah. Ibu ini TERUS memasak setiap hari walau berkerusi roda. Anak bujangnya keluar rumah jam 7 pagi dan balik jam 7 malam (menunggang motosikal) … dia bekerja ‘bagi makan’ ikan talapia ternak dalam sangkar di Tasik Banding.

Anak gadisnya, Rafidah (kakak Abdullah) yang bekerja sebagai Juru Tol di jambatan Pulau Pinang telah menghubungi dD sejak 24/2/19‼️… baru hari ni boleh datang‼️. Itu pun mereka datang dengan kereta sewa🚙dengan pemandu. “kami tak de kereta dan tak leh memandu…. adik saya boleh bawa motor sahaja”. ✍️

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close