28/5/19: Mohamad Raimi bin Abu Amin (66) , No 9D, Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor.
🇲🇾✍️SIAP 24 JAM✍️🇲🇾
Semalam ukur (27/9/19), hari ini (28/5/19) terus fitting
SEMANGAT TINGGI
Pada asalnya, tujuan dia dan keluarga mahukan kaki palsu ini hanyalah untuk tujuan kosmetik (aktiviti level 0 ‘kosong). Semasa ukur semalam dia membisikkan hasratnya semoga kaki palsu akan membantunya agar boleh ‘berdiri’ sahaja. HARI INI, selepas di bantu untuk berdiri…. “nak langkah sikit” pinta nya. Anaknya (Fahrulrazi) dan dD menunaikan hasratnya. “hanya selangkah dua”. dD berulangkali berpesan‼️
KENAPA❓
Dia di amputasi kerana kencing manis, dia di serang stroke dan masih nyata kesannya, dia masih lemah. Meletakkan seluruh berat badan ke atas kaki yang masih lemah ini mengundang risiko kepada kakinya. TAPI dia terus mahu melakukannya . 🙏tabik hormat pada semangat kentalnya🙏… dia mengambil risiko nya.
Dia meninggalkan bengkel dengan senyuman tersendiri ….. malah anaknya, Fahrulrazi, membayar lebih dari harga yang di minta, “saya dan keluarga berterima kasih, moga usaha ini di berkati” katanya.
AAMIIN ‼️