25/5/19: NUR AZIPAH BT MOHD SALLEH (33), Kg. Jeram Pasu, Depan MARDI, Jalan Jeram Pasu, Pasir Putih, Kelantan datang bersama suami dan adik iparnya.
SIAP 24 JAM ( Kes khas)
Dia datang bersama suami dan adik ipar, terus ke bengkel dD pada jam 9 pagi (semalam), ukur, kemudian mencari kediaman budget dekat bengkel ( tak jadi bermalam di rumah saudara nya). Pagi ini jam 10 mereka datang semula untuk fitting… jam 11.30 mereka bertolak balik ke Pasir Putih, Kelantan … membawa kaki dan membawa ‘harapan baru’‼️
KES KHAS❓
Bermaksud datang dari jauh. Kurang kemampuan kewangan. Datang 2 kali (sekali untuk ukur dan sekali lagi untuk fitting) adalah beban besar kepada mereka…. maka dD akan siapkan dalam tempoh 24 jam. (hanya untuk kes khas dan kaki palsu bawah lutut (BK) sahaja.
SUPERLITE UNTUK PN NUR AZIPAH
Dengan berat kaki palsu nya hanya 980 ( tak sampai 1KG), dia yang mula bertatih perlahan… akhirnya melangkah keluar bengkel TANPA menggunakan kerusi roda, sebaliknya melangkah dengan kaki ‘sendiri’ dengan bantuan crutches. Moga dia mendapat kembali HIDUP nya.