MOHD AFANDI BIN MOHD IBRAHIM (46),
Berasal dari No 55, Jalan Raja Perempuan Takyaah, Kampung Banjir, Kuala Kangsar …. kini dia menumpang anaknya di unit yang di sewa, Flat kos rendah Puchong Utama Court 1, Jalan Puchong Utama 7, Puchong, Selangor
TERCICIR SEKOLAH
Bersekolah rendah sehingga darjah 5 sahaja di SK Clifford, Kuala Kangsar… kemudian berhenti dan membantu ayahnya di gerai makan tepi sungai di sana. “Memasak …. itu sahaja kerja yang saya tahu”. Berkahwin dengan Rafisah (juga kerja memasak). Mereka punya dua anak.
KENCING MANIS
“Tukang masak macam kami, mudah betul kena kencing manis” rungut nya. Isterinya meninggal 10 tahun lalu, akibat kencing dan dia juga mengidap penyakit itu.
‘TERUMBANG-AMBING’
Sejak kematian isteri hampir 10 tahun yang lalu… anak mula keluar mencari kerja di luar, dia pun akhirnya keluar dari Kuala Kangsar , “ saya ke Sungai Petani kedah, kerja tukang masak di kedai makan….”
AMPUTASI … “siri 4 kali potong”
Semasa bekerja di restoran CUMI Alor Setar … penyakit kencing manis yang di hidapinya jadi kronik. “tempat kerja depan hospital Sultanah Bahiyah… maka masuk wad di situ. Mula tu potong satu jari, pastu beberapa jari, pastu seluruh tapak, pastu paras betis ni” ….
Sekarang tak ada kaki, tak ada kerja, tak ada pendapatan . “Datang sini nak menumpang anak yang kerja jaga di sini…”
RINGANKAN’
dD mencadangkan Mohd Affendi untuk dibiayai oleh program ‘Mobility is life’ PruBSN Prihatin
25/9/19, dD mengambilnya untuk fitting
OLEH TOLONG AMBIL SAYA?”
Itu soalannya /permintaan nya apabila dD memaklumkan bahawa kaki palsunya dah siap. Hari ini dD mengambilnya di flat kos rendah tanpa lift ini dan membawa nya ke bengkel, fitting dan selepas itu menghantarnya semula ke flat yang disewa oleh anaknya itu. Dia ‘datang’ da
n ‘pulang’ BERSENDIRIAN sahaja
URUSAN NYA DIPERMUDAHKAN
Selepas di acu, di buat wsedikit ubahsuai, di pakai semula, dia berjalan di palang selari dan kemudian menggunakan walking frame. Di buat ubahsuai kedua, dan dia kemudian berjalan TANPA DISOKONG oleh tampungan tangan. ✍️Dia ada kemahuan dan ada tenaga✅
“SAYA NAK BUAT APAM BALIK”
Tukang masak yang kehilangan kerja dan tiada pendapatan ini berazam mencari rezeki dengan berniaga kecil menjual apam balik di bawah pokok depan flat kos rendah yang di sewa oleh anaknya itu.
“Dengan kaki ini saya yakin boleh cari makan. Nak kerja masak makanan panas seperti sebelum ini mungkin tak upaya, tapi, buat apam balik resepi saya tu TENTU BOLEH” katanya🇲🇾…. Moga dimakbulkan✅