5/5/19: Norsakinah Bt Samri (19), No 99, Batu 2, Tanjung Gading, Ledang , Johor.
ANAK YATIM.
Kematian ayah kerana demam panas 4 tahun lalu, kini dia dan ibunya yang tidak bekerja menumpang tinggal di rumah neneknya….
OKU SEJAK LAHIR♿️
Dia mendapat beberapa kaki palsu percuma dari hospital sejak berumur 5 tahun (perlu selalu di buat baru kerana saiz badan cepat membesar). Sekarang pada usia 19, tidak ada lagi bantuan kaki untuknya. Sedangkan kaki palsu sedia ada sudah tidak selesa di pakai….
PENDIDIKAN✍️
Murid Pra U SMK Parit Bunga ini berjaya menghabiskan samester 1 tetapi sudah 4 bulan berhenti 😪kerana tidak terdaya memanjat tangga tingkat 3 ke kelas nya… pahanya kerap melecet dan berdarah kerana kaki palsu nya dah sempit … 😪
KOMUNITI ✅
Keperluan adik Norsakinah di maklumkan oleh En Shabani melalui telefon. Sakinah dan ibunya tidak tahu bagaimana nak ke KL. dD ke sana untuk ukur. Setibanya di sana, sudah ada En Shabani dengan Tok ketua Kampung dan anggota masyarakat yang ‘peduli’. Malah mereka sudah mengatur untuk membawa Norsakinah ke bengkel untuk fitting nanti. Alhamdulillah.
MARHABAN YA RAMADHAN
DAN malam ini bermula nya Ramadhan, yang sarat dengan barokah. Marhaban Ya Ramadhan
23/5/19: Norsakinah datang ke bengkel untuk fitting….
KOMUNITI ✅
Selain ibu dan neneknya yang membantunya tanpa had ….. Adik Norsakinah di bantu oleh anggota masyarakat yang prihatin. En Shabani (aktivis masyarakat di Tangkak) menghubungi dD, memberi maklumat, menunggu dD danmenunjuk jalan ke rumah nenek ini sewaktu mengambil ukuran. Sewaktu kami tiba di sana Tok ketua kampung dan komuniti menunggu kami…. Dan HARI INI mereka SEMUA datang bersama membawa adik Norsakinah, ibu dan neneknya ke bengkel dD. ……. Satu aksi yang jarang dD saksikan.
🙏Salute kepada KOMUNITI prihatin ini🙏