d celah kehidupan 125: Natasha (sumatra)

 

5/5/19: Natasha bt Buyong (19), dari Air Jaman, Pasar 10 Melintang, Kisaran, Kabupaten Asahan, Sumatra, Indonesia

WARGA INDONESIA

Dia adalah warga Indonesia kedua yang dD berpeluang memberi khidmat (dD mendapat sebahagian ilmu dari sifu di sana)… kini di perlukan juga oleh warga yang datang dari sana. Alhamdulillah. Dia minta di percepatkan kerana mahu cepat pulang. “Saya tidak lagi belajar dan tidak ada pekerjaan”😪

KEMALANGAN

Dia adalah OKU mangsa terbakar sewaktu berusia 4 tahun, waktu itu dia tinggal bersama keluarganya di Port Klang kemudian dirawat dan mendapat kaki palsu di Kuala lumpur. Itulah kaki yang dia ada sekarang walau tak boleh di guna lagi kerana saiz nya.”tidak ada perajin kaki palsu di tempat saya” jelasnya.

PRIHATIN

Dia di bawa oleh bekas bapa tirinya Baharudin bin Ibrahim (Bandar Sungai Emas, Sungai Manggis, Banting) . Dia membiayai kaki palsu untuk Natasha. “Walau sudah lama dia kembali ke Indonnesia, saya tetap menyayanginya … saya bantu apa yang saya mampu”

BOLEH CEPATKAN SIKIT🙏

Itu rayuannya kerana pas lawatannya akan tamat pada 29/5/19. selepas selasai fitting tadi dia nenyebut akan pulang ke Indonesia pala jumaat ini (22/5/19).

5/5/19 dia datang untuk fitting.

KAKIPALSU ATAS LUTUT (AK) PERTAMA soket nya di perbuat dari Carbonfibre + fibreglass (sebelum ini dari paip poly)…. Alhamdulillah, tidak sukar di ibahsuai sewaktu fitting tadi. Natasha mula melangkah di palang selari dengan perlahan tetapi kemudian dia mampu berjalan tanpa sokongan tangan untunk menampung berat badannya…. dia ada kelebihan 1. badannya kecil dan ke 2. dia ada tenaga (dia di zaman remaja)

OKU AKIBAT KEMALANGAN TERBAKAR

kaki kanan nya do amputasi atas lutut, Jari kedua tangan serta kaki kirinya bercantum akibat kebakaran itu. Dia sudah tidak bersekolah dan hanya tinggal di rumah.

MASA DEPAN

Bila di tanya “Dah ada kaki dan boleh berjalan sendiri… nak usahakan buat apa?” Dia tidak menjawab. Bekas bapa tirinya, 10 tahun lalu, Baharudin bin Ibrahim ( dia masih amat prihatin dengan anak ini, membawa tinggal di rumahnya, membawanya ke bengkal dD dan membayar kaki palsu untuk anak ini), menyatakan “saya risau dengan masa depan anak ini dengan keadaan nya seperti ini‼️Moga di permudahkan anak ini mencari masa depan nya di sana” Aamiin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close