d celah kehidupan 124: Hjh Rosnani (Johor)

 

3/5/19: Hjh Rosnani bt Yusof (65) dari No. 32, Blok 2, Kampung Chokro, Simpang Renggam Johor. Di amputasi atas lutut setahun lalu di hospital Baru Pahat.

ANAK-ANAK BERJASA

“Emak cuba pakai dulu nanti ” kata anak sulungnya Hairudin bila ibunya Hjh Rosnani bagitahu  “Pakai kakipalsu pun belum tentu boleh berjalan” (Memang benar, ia bergantung kepada keupayaan dan semangat individu pemakainya). “Emak kita seorang sahaja… apa yang boleh meringankan dia, kami usahakan”. Kata hairudin sambil memandang ibunya ✍️Dia  telah beberapa kali menghubungi dD, dan hari ini dia datang dengan bersama adiknya Md Jaafar, dan anak2 mereka…. “Kami bayar untuk kaki palsu emak kami”…… Tabik hormat kepada anak2 Hjh Rosnani🙏

MENJUAL IKAN DI MARKET SPG RENGGAM

Hjh Rosnani adalah wajah yang di kenali di pasar Pekan Simpang Renggam. Berpuluh tahun dia bersama aruah suaminya, Hj Md Jais berniaga menjual ikan di Pasar Awam. “Itulah hasil yang menjadi rezeki kami membesarkan anak2. Jam 4.30 pagi dah bangun dan jam 5.00 dah ada di market” katanya mengimbau usahanya mencari pendapatan. “sekarang dah tak kemana… kerusi roda pun anak cucu tolakkan”

CB20F1A5-B4B8-40DB-AB1E-11DFEA03CF20

18/10/19: Selepas datang ukur pada 3/5/19, kemudian dia di serang angin ahmar (stroke)….”kaki dan tangan kiri pula lemah… tak tahu lah boleh ke tidak nak guna kaki palsu ni.”

Bila di pakai dan di bantu angkat untuk berdiri , rupanya bahagian sebelah kaki palsu (kanan) lebih kuat dari kiri (stroke)….

DR. SURUH AMBIL KAKI INI

“Emak dah tak nak datang ambil kaki palsu ni, walau pun kami pujuk, tapi bila Dr. bagi nasihat dan suruh ambil dan guna kaki palsu untuk bantu berdiri… emak setuju”. Kata Khairuddin, anak sulungnya yang membawa untuk ukur dula, dan hari ini bawa untuk fitting. “Lepas fitting ni nak bawa mak pergi rumah adik di Sungai Besi… bawa mak jalan….”

✍️“Adik bungsu ni pula tak bekerja kerana dia yang jaga mak sepenuh masa sekarang ni”

🙏salute pada keluarga kecil ini🙏

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close