d celah kehidupan 123: Abdullah (P.P)

15/4/19: Abdullah bin Shafie (74), Lorong Seri Acheh 7, Taman Seri Acheh, Nibong Tebal

PESARA POLIS

Berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia… Lama di Balai Alor Setar, lepas tu di Parit Buntar, kemudian ke UPP Padang Besar , kemudian bertugas di Merin Kuala Kedah ….

KAKI PALSU

kaki palsu pertama dan masih di gunakan sampai sekarang (walau saiz soket dah macam besar, kerana stump mengecut)… “dapat dari sumbangan RAJA SIAM masa program di KL 10 tahun lalu… ramai OKU yang datang ke sini, di beri penginapan dan makan PERCUMA … kaki palsu ni pun PERCUMA”

“Selepas itu saya dapat kaki palsu MAHAL … dekat RM 10,000 .. pakai  PinLock dan silicone liner.. tapi tak sedap pakai, jadi saya tak guna. Sekarang tapak dia dah mereput” kaki palsu kedua itu adalah dari agensi kerajaan kerana dia adalah pesara.

KAMI BAYAR SENDIRI

Kali ini anak-anaknya mahu berbakti kepada ayah mereka. Anak bungsunya, Khairil Azwan dan abangnya dhahris Faisal… membawa ayah mereka untuk ukur lewat petang ni.

D30B2662-DAE9-4E1F-A68B-8BC29E0FFC49

2/5/19: Abdullah bin Shafie (74), Lorong Seri Acheh 7, Taman Seri Acheh, Nibong Tebal, P. Pinang datang untuk fitting.

SUPERLITE

“ringan nya… “ katanya selepas berpusing-pusing beberapa  di ruang legar bengkal.

Kaki palsu baru buatan dD yang di cubapakai hari ini berat nya 974gm (tak sampai 1KG).. SUPERLITE. Kaki palsu yang dah 10 tahun di gunakan itu beratnya 1.54 KG. “Dah lama ayah tak berjalan macam ni” kata anak bungsanya Khairil Azwan yang teruja melihat ayah nya berjalan menggunakan walking frame.

“KAKI PALSU: ada yang langsung tak di guna”.

PESARA POLIS ini telah mempunyai 2 kaki palsu. Yang pertama dia dapat PERCUMA (“sumbangan raja siam”) ,dah lebih 10 tahun di gunakan hingga kini walau tapak dah pecah ( dia gunakan bila perlu sahaja). Yang kedua, “saya dapat dari agensi (dia pesara), beharga hampir RM 10,000, gunakan pinlock dan silicone liner… TAPI saya tak boleh pakai, tak sedap, sakit… saya langsung tak gunakan”, katanya dengan jujur.

SOKONGAN ANAK2

Sejak kematian isteri 2 tahun lalu, anak-anaknya akan membawanya tinggal bersama meraka …. di Kuala Lumpur, hari ni akan ke Johor, lepas Ramadhan akan balik ke penang… BEGITU lah rutin nya. “ayah tak boleh tinggal bersendirian di rumah. Dia uzur…”. Anak-anak juga MEMBAYAR kakinpalsu warga emas ini. ✍️Tabik hormat untuk anak2nya🙏

8208BE49-BD6C-4D3F-93FB-6C4F98F2668C

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close