13/4/19: Mohd Shaharudin b Abd Karim (30), Kampung Sungai Payong, selekoh, Bagan Datoh, Perak
MENUMPANG KELUARGA
Dia tinggal bersama ibubapa dan abangnya (4 orang) di rumah kampung bapanya. Bapa nya, berusia 70. Ibu nya, 62 mengalami kencing manis, dialisis, berkerusi roda dengan mata kabur. Abang nya, OKU mental. DIA pula OKU tanpa kaki
PUSAT LATIHAN OKU (PLPP) BANGI
Dia kemalangan, di langgar lori pada 2006, pada usia 17, tingkatan 5 SMK Rungkup, Bagan Datoh… 3 Bulan KOMA di hospital Teluk Intan. PULIH fizikal, tapi semangat hidupnya RANAP, “… rasa lebih baik MATI saja”. 4 tahun terumbang ambing. 2010 dia di terima ke PLPP Bangi…. di situ dia ‘tersedar dan tercelik’… dia tidak sendirian, ramai insan sepertinya malah ada yang jauh lebih. Dia mendapat semula semangat untuk hidup❗️Di situ dia dapat kaki palsu yang di gunakan sampai sekarang❗️…. “tapak pun dah patah”
KERJA KAMPUNG
“Saya tak dapat kerja❗️ minta nerbagai kerja❗️kat stesen petrol pun tak dapat❗️…. semua bagi alasan OKU ni BERISIKO❗️…
Saya buat berbagai kerja kampung.. ambil UPAH menanam sawit, meracun rumput, memasang pagar kebun, hantar orang ke hospital …. APA SAHAJA, orang bagi upah.
“ Dapat la dalam RM 900 sebulan….”
BOLA TAMPAR DUDUK
Anak muda ini telah lama menghubungi dD … hari ini dia datang untuk ukur. “ Saya menumpang sekejap di rumah kakak di Wangsa Maju, pastu 15-21/4/19 saya masuk kem bolatampar duduk di Pusat Kecemerlangan Sukan paralimpik di Kampung Pandan …. ada pemilihan! … saya mula main bolatampar ni masa tinggal 2 tahun di PLPP.