29/3/19: Pn Ernawati Agus (49), Lot 1950, Jalan Gajah 1, Kubu Gajah. Sunhai Buloh, Selangor.
KEDUA-DUA kakinya di amputasi paras bawah lutut (BK) di hospital Sungai Buluh beberapa tahun lalu.
“Kaki palsu ni MAHAL ♿️” ‼️‼️
Dia bersyukur kerana pada waktu sukar itu dia mendapat kaki palsu secara percuma dari Bandar Utama Buddhist Soceity (BUBS), Petaling Jaya.
🇲🇾salute BUBS🇲🇾
Dia adalah suri rumah sepenuh masa. Suami pekerja buruh binaan. Sejak isteri OKU,suami berhenti kerja di tapak binaan, dia uruskan rumah… Pada hari dia di amputasi dan suami tidak dapat bekerja … anak sulungnya pula mula bekerja. Alhamdulillah… roda kehidupan❗️Sekarang mereka bergantung kepada saraan anak.
🙏salute kepada anak2 mereka🙏
Hari ini dia datang kerana kadua-dua tapak kaki palsunya sudah pecah. “saya gunakan juga kerana tak ada pilihan”. Dia meminta sebutharga untuk di berikan kepada Zakat Selangor. Moga dipermudahkan urusan mereka.