25/3/19: Ab Rahim B Yahya, No 223, Felda Chini 01, Pekan, Pahang datang bersama isteri dan anak cucu nya.
PEMUZIK
Dia adalah anggota KOMBO RELA, berpusat di Sungai udang, Melaka. Sejak uzur dan kemudian si amputasi kaki kiri paras atas lutut (AK) di hospital kuantan pada julai 2017, dia kembali menetap di Chini (dia generasi ke 2). Disebabkan pendapatan dari kerja muziknya adalah beratatus elaun kerja maka kini dia tanpa pemdapatan. Saraan adalah dari pendapan isteri (Pn Rosnah) yang bekerja di koperasi dan tunggalnya (Pn Nazirah) yang menjual kueh.
SEMANGAT TINGGI
“Saya kena lawan rasa murung”, dia turun dari kereta, kemudian menggunakan walking frame, dia melompat2 ke dalam bengkel… jarang pesakit kencing manis yang di amputasi boleh beraksi seperti ini.
“Tiap hari bila isteri pergi kerja dan anak pergi jual goreng pisang… saya jaga 2 cucu ni” katanya, menunjukkan kepada cucunya
“walau pun kami susah, tapi kami nak bayar sendiri” kata isterinya ( dD memberi diskaun amal 50% untuk mereka)… moga membantu.
6/5/19, sekali lagi mereka datang untuk fitting.