d celah kehidupan 114: Rogayah (pokok sena)

17/3/19: Rogayah Bt Ayob (49), Kg Mata Air, mukim Gajah Mati, Pokok Sena , Kedah. Amputasi atas lutut pada feb 2016 di hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

KAMI MOTONG GETAH‼️

Dia dan suami (Abd Ghani), adalah penoreh (motong getah) di kebun kepunyaan orang lain. Sejak dia di amputasi, dah 3 tahun. Kini suami sahaja mencari nafkah, kalau boleh menoreh dia boleh dapat RM 30.00 sehari. Kalau hujan, cuti menoreh, pendapatan pun tiada. “ni musim kemarau, boleh toreh tapi susu getah kurang… pendapatan pun turun. Hitung panjang sebulan RM 500 tu la dapat..” 

Keluarga ini menyara seorang ibu (80) dan 3 anak yang masih bersekolah (SK & SMK Bukit Payong). 

TIDAK TERPENCIL TAPI TERPISAH

Dua rumah. ibu dan anak ini (Ibunya tinggal si rumah asal yang bersebelah, waktu makan dia kerumah anak)… dua rumah ini terpisah dari kelompok utama sejauh hampir 2 km, DAN jalan tanpa  mini tar, tanpa batu hampir 200 meter…

dD menghubunginya pada 3/12/18 (lebih 3 bulan lepas) meminta dia datang untuk UKUR .. dia memberitahu …”tidak berkemampuan ke KL…. bukan rezeki saya”

C22A66A0-B80F-47B4-90AD-5A5EAF8B9353

26/5/19: Pn Rogayah Bt Ayob dan suaminya datang untuk fitting…

ETS

Mereka datang menaiki keretapi laju ETS dari Alor Setar ke KL central kerana perkhidmatan ini mesra OKU. Suaminya menolak kerusi roda, terus masuk ke gerabak dan bila sampai ke KL central, kerusi roda itu di tolak menaiki lift kemudian terus ke tempat mengambil penumpang… anak saudaranya sudah menunggu. Mereka bermalam menumpang mereka (anak saudara)di cheras.

HIDUP ‘SUSAH’

“Sekarang harga getah sekerap RM 2.90 sekilo. Boleh la beli tiket untuk datang ni”. (dD ambil ukuran nya pada 17/3/19 di rumahnya dan dah lama kaki palsunya di siapkan… dia tak boleh datang kerana tidak cukup sumber kewangan) …. “nak beli makanan pun perit.. ikan temenung RM 15.00 sekilo. kami orang susah. Sebab tu nak Mai ambil kaki ni tertangguh”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close