15/3/19: Pn Basirah Bt Abu Bakar (41), B-06-10, Jalan Bagan Dad elam, Pangsa Sri Bagan, Butterworth, P. Pinang.OKU sejak lahir, lahir dan membesar di kg Telaga Batu, Sik.
WARNA KEHIDUPAN YANG TERPENDAM
✍️MASA KECIL- melalurrererrrr is deradi kehidupan kampung seperti oranger normal… walau sukar, dia berjalan, berlari, memanjat, berenang seperti rakan sebaya di kampungnya era syg . “saya tak rasa saya cacat, tak sedih…”
✍️MASA SEKOLAH-
- Sekolah Rendah di SK Sik Dalam… masih kanak-kanak. masih rasa seperti orang biasa. boleh buat perkara yang orang lain buat.
- SMK Sik, Mulai menjadi remaja…. “tingkatan 1, mula membanding diri ,mula rasa kekurangan diri. Rasa di sisihkan, ada yang memek muka jelas tidak mahu berkawan, ada kata-kata yang biasa tetapi menusuk…. saya tetap membuat reaksi ‘tidak apa-apa’. Tetap normal … tapi kerap berperang dalam diri “kenapa aku begini”😪
- SMK SIK, Tingkatan 3-5, “…seorang insan bernama Wan Nasriah Bt Mohd Nor, menjadi ‘KAWAN’ baik tanpa memperdulikan kecacatan saya. Tidak terasa sangat kita ni pelik” 🙏(salute Wan Nasriah)
✍️TAMAT SEKOLAH – TAK NAMPAK JALAN, HANYA GELAP. “Aku nak buat apa? ada kerja kah orang macam aku? boleh hidupkah?.. BUNTU😪
👍@Bengkel Jaya Diri Tunjang (untuk OKU) di kubang Pasu…. Mengubah PANDANGAN DUNIA NYA😃Dia mengikuti kursus jahitan, bukan ilmu jahitan yang mengubahnya TETAPI melihat dan mengenali insan OKU pelbagai kategori … “ Ramai yang seperti aku, malah aku rasa bersyukur kerana ramai lagi yang lebih sukar dari aku”
KINI:
tetap ada soalan dan sindiran
“awat jalan camtu?”
“awat jadi robot ni?
“awat senget tu?”
…. .saya dah kebal
….. saya ada suami yang amat menyokong
….. saya ada anak yang perlu di beri perhatian
….. saya bekerja di kiost nasi ayam di Tesco Bagan Ajam
10/4/19: Pn Basirah Bt Abu Bakar datang untuk fitting dan ambil kakinya.
HANYA KITA BOLEH TOLONG DIRI SENDIRI
OKU sejak lahir ini merasai pilu dan rasa tersisih dari rakan sebaya sewaktu fasa sekolah di Sik. Selepas sekolah, dia melihat ‘gelap’ di hadapan hidupnya… sehinggalah dia bersama OKU lain di Bengkel Jaya Diri Tunjang.
👍Sejak itu perspektif hidupnya berubah…” hanya kita boleh tolong diri kita”
HARI INI…
✅ Semalam, dia menaiki bas Super Nice (tambang OKU) bersama anaknya dari Butterworth ke KL 7.30pm, menumpang bermalam di apartment adiknya. Hari ini datang fitting, kemudian ke TBS, menaiki bas dengan anaknya balik ke utara “kena datang, suami tak boleh datang.. kami kena jimat”
✅ Fitting: Proses mudah baginya. Sedikit ubahsuai ketinggian dan tapak …. TERUS JALAN. (Dia sudah berbelas tahun gunakan kaki palsu yang sama hingga dah uzur) . Kaki palsunya SUPERLITE 🇲🇾
✅”Taukeh bagi cuti 2 hari..mai ambik kaki ni”. Dia adalah tukang masak di Gerai Nasi Ayam, Tesco Bagan Ajam. “kerja masak ni banyak berdiri… saya kena kuat. Saya ada keluarga yang perlukan saya”
✅”Saya bersyukur… suami, yang amat memahami dan tidak pernah menyakitkan hati saya. 👍Hana, anak kami ni adalah penghibur dan pemberi semangat👍
✅ “Terima kasih kerana bantu OKU macam kami”. dD menyampaikan amanah PruBSN Prihatin (Program ‘Mobility is life’) kepada nya (Pn Basirah).