PERCUMA (di cadang di biayai PruBN Prihatin)
12/3/19: Abu Bakar bin Bawa Sulaiman (59) dari 5656, Taman Gunung Mas, Tampin, Negeri Sembilan datang bersama isterinya (Pn Raffiah)
PEMANDU LORI
Bekas pemandu lori yang dah 10 tahun tidak dapat bekerja kerana kesihatan. Bapa kepada 4 anak ini di bawa oleh anak bungsunya , Muhamad Hasan Basri (23), juga bekerja sebagai pemandu yang membawa lori kayu getah di Tampin. Anak sulung perempuan, berkahwin dengan pemandu lori, anak kedua bekerja kilang, anak ketiga menghilang.
MENANGGUNG SARAAN
Anak bungsu ini (Hasan), belum berkahwin. Dia tinggal dan menyara ibubapanya dengan pendapatan sebagai pemandu lori.
“Hari bekerja, ada gaji.. hari tak bekerja tak ada gaji”
Sekarang bapanya perlu dialisisi , 3 kali seminggu. “Mula tu di hospital Jelebu … saya bertolak jam 12.00 tengahhari, malam jam 8.00 sampai balik. Dah kerap sangat … saya DI BUANG KERJA ”.
Sekarang dia bekerja di syarikat lain. Dia terpaksa dapatkan perkhidmatan dialisis berbayar untuk bapanya, di Tampin. “senang urus, TAPI kena bayar RM 200 setiap kali, sebulan RM 600, itu BEBAN berat kami… saya minta buat dialisis 2 kali je seminggu… saya kena marah”. Selain bawa lori, saya buat la kerja lain jika ada untuk dapatkan pendapatan.
🙏tabik hormat pada anak muda ini🙏
HARAPAN❓
Kaki palsu? Moga dapat membahagiakan ayah … Supaya dia boleh urus dirinya sendiri di rumah. Boleh beribadat dengan lebih mudah……
PERCUMA UNTUKMU
(di biayai PruBN Prihatin)
26/3/19: Abu Bakar bin Bawa Sulaiman (59) dari 5656, Taman Gunung Mas, Tampin, Negeri Sembilan datang bersama isterinya (Pn Raffiah), sekali lagi bi bawa oleh anak bungsunya, Hasan Basri.
TERIMA KASIH PRuBSN PRIHATIN.
Hasan mengetahui mengenai kaki palsu ini pada dua minggu lepas 13/3/19, setelah terbaca fb dD menunggu bapanya di hospital Tampin. Pada hari itu juga dia membawa bapanya ke bengkel sambil berbincang dengan keluarganya, bagaimana nak bayar. Dengan Pendapatan sebagai pemandu lori, dia menyara ibu bapanya, membayar dialisis untuk bapanya …. pada waktu itu walau pun dia tidak meminta (dia tak tahu), dD mencadangkan untuk di biayai oleh PruBSN prihatin.
Hari ini Abu Bakar, Pn Raffiah (isteri) dan Hasan (anak)… berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada “orang yang bantu kami itu” …. Abu Bakar tak tahu menyebut PruBSN apabila di sebut dan di tunjuk ke arah gambar berkaitan.