dD celah kehidupan 109: Salinah (Mersing)

♿️PERMUDAHKAN♿️ PN SALINAH♿️

7/3/19: HARI PERTAMA

➡️Pn Salinah Mokhtar (51), En Roslip (suami), dan dua anak, Ainon (17, tingkatan 5) dan Nisa (tahun 6) dari Mersing ini menaiki bas di Terminal bas  Mersing pada jam 1.30  petang untuk ke KL. Mereka tiba di Terminal Tasik Selatan (TBS) pada jam 8.30 malam.

“Kerusi roda’♿️ menaiki bas‼️” 

Kerusi roda di letakkan di tempat simpan barang…. dia menggunakan tangan dan lutut untuk naik tangga, kemudian suami ‘mendukung’ ke  tempat duduk dalam bas.  Dia melalui perjalanan 7 jam tanpa turun dari bas di mana2 hentian. Sampai di TBS, suami ‘mendukung’ ke tangga , kemudian dia gunakan tangan dan lutut untuk turun, kemudian suami mengangkat dan meletakkan isterinya di kerusi roda… 

🙏tabik hormat buat suami dan anak-anaknya🙏

➡️dD menjemput mereka di TBS, (Ada laluan untuk ambil OKU ,Salute TBS🙏), terus ke bengkel untuk proses mengukur kakinya  (9.15 malam). Kemudian membawa mereka check in di hotel penginapan yang telah di tempah…. mereka masuk bilik jam 10.00 malam. Pada masa yang sama di bengkel, dD team terus melaksanakan proses menghasilkan kaki palsu Pn Salinah untuk disiapkan dan boleh fitting pada esuk hari.

MATLAMAT❓Dia perlu datang ‘SEKALI’ sahaja dari Mersing ke KL

✍️MOGA DI PERMUDAHKAN  dan MEMPERMUDAHKAN✍️

Aamiin.

29E003E5-E4CD-4D63-BD3B-1A12BFF1E414.jpeg

8/3/19: HARI KEDUA

2.30pm (selepas solat jumaat) dD menjemput mereka dari penginapan ke bengkel untuk fitting. 

Alhamdullillah… tanpa banyak ubahsuai, Kaki palsu SUPERLITE (965gm, tak sampai 1kg) maka Pn.Salinah SUDAH boleh melangkah semula.  

Check out dari SUNINNS EQUINE (bilik 106- mesra OKU) jam 3.40pm.

dD menghantar 4 beranak ini ke TBS jam 4.30 petang. (Gate C di lobby utama ada lorong dan kaunter OKU ♿️ -salute TBS) . Mereka akan bertolak balik ke Mersing menaiki bas jam 8.00 malam (bas lebih awal dah habis). Mereka di jangka sampai balik ke Mersing jam 4.00am. InsyaAllah akan sampai ke rumah di No 105, Kg Bukit Jaya, Sri Pantai, Mersing bergantung kepada siapa yang akan ambil di sana…

ALHAMDULILLAH… BOLEH LAKSANA

cubaan  ‘mempermudahkan’ dan ‘meringankan’ OKU dengan modus operandi:

  1. OKU datang hari pertama, di ambil ukuran dan di proses pembuatan kaki palsunya sehingga selesai fitting dalam tempoh kurang 24 jam. 
  2. OKU di beri penginapan budget berdekatan bengkel dD untuk satu malam.
  3. OKU yang datang menaiki  Bas akan di ambil dan di hantar di Terminal Tasik Selatan. OKU yang datang menaiki ETS pula di KL central.

SEKALI SAHAJA meninggalkan rumah… balik dengan kaki palsu ✍️. 

9B0092E2-D7C0-478A-89EB-7BCE5BA178DE

9/3/19: HARI KETIGA

4.15 pagi sampai di terminal bas dan teksi Mersing. Setelah Melalui ‘perjalanan’ MARATHON ke luar dari rumah selama 63 jam (menaiki bas dari Mersing ke KL pada jam 1.30pm 7/3/19 dan sampai semula pada 4.15 pagi 9/3/19). KESUKARAN bergerak naik dan turun tangga bas, masuk keluar kereta dan lain-lain kekangan OKU ‘menempuh’ perjalanan. 

Dia, OKU ❓… 

  1. Amputasi ‘kaki’ bawah lutut, 
  2. kedua ‘tangan’ berfungsi terbatas kerana keduanya di perkuat dengan besi medical, 
  3. ‘Pendengaran’ kurang (dD terpaksa meninggikan suara sewaktu berkomunikasi dengannya).

Semuanya di terima selepas  kemalangan jalanraya pada 1/1/18. Maka dia melalui

PERJALANAN ‘MARATHON’ ini (perjalanan biasa sahaja bagi bukan OKU) … di bantu suami (suami) dan dua anaknya (Ainon dan Nisa) ini hanya bertujuan untuk MENDAPATKAN KAKI PALSU. 

“Terima kasih kerana membantu saya” di ucapkannya berkali-kali…. 

✍️Terima Kasih PruBSN PRIHATIN✍️

✍️kita PERMUDAH dan MEMPERMUDAHKAN

71800EC2-8A19-4725-AE0F-4F1A6F5C6D11.jpeg

Hari ini 27/3/19, dia memberi khabar dan berkongsi kegembiraannya.( dD edit dan muat naik di fb)

“Salam, sy dah boleh jalan tampa tongkat” 

di sertakan video nya. Dan dia dah mula dapat bekerja semula di booth tiket nya di Mersing….. Setinggi-tibggi kesyukuran. ‘Mobility is life’, kehidupannya kembali bermakna.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close