dD celah kehidupan 108: Mokhtar (KL)

6/3/19: Mokhtar Bin Said (60) dari 23, Jalan Tasik Damai 5, Lake fields, Sungai Besi, Kuala Lumpur datang bersama isteri (Nazmalinda), anak (Mazliana) dan dua cucunya. 

SEGERA

Di amputasi kerana kencing manis pada 26/7/18, cuma, “saya baru tahu semalam pasal KEDIDI, terus hari ni anak buat temujanji dan dah bawa ke sini “.  Kemudian dia minta maklumat kedidi untuk dia bagitahu kawan-kawan. 

“Orang tak tahu” katanya.

DI SEBALIK…

Lahir dan membesar di Sungai Limau, Kedah. Datang dari keluarga besar 20 bersaudara. “Ayah (Hj Said) mempunyai 3 isteri (bercerai mati), dia adalah imam masjid Kabu 10. Saya di besarkan oleh ibu tiri (Hjh Rodiah)…. tapi DIA LAH IBU SAYA… dia masih ada… saya dan adik beradik masih ‘mempunyai ibu’. (Tabik hormat pada Hjh Rodiah)

DARI SG LIMAU KE KL

Selepas tingkatan 5 di SMK Khir Johari, Sungai Petani, dia ke ITM.. tak sempat tamat,

masuk latihan Polis (Pegawai), kemudian meletak jawatan untuk tugas baru di Bank Negara, kemudia ke ASTRO (peneroka) masih berkaitan sekuriti. …. “anak cucu ketawakan saya kerana balik kampung dah kena pakai WAZE”. 

Tentang PruBSN PRIHATIN.

Itu untuk orang yang lebih memerlukan. Saya mampu bayar 50% tu…. 

BCB65C67-BECE-4EFC-9511-23A2F01C0E4C

19/3/19: Mokhtar Bin Said (60) dari 23, Jalan Tasik Damai 5, Lake fields, Sungai Besi, Kuala Lumpur sekali lagi datang untuk fitting.

“BOLEH DAPAT SEBELUM FISIO TAK?”

Dia minta  supaya kaki palsunya boleh siap, fitting dan boleh guna sebelum 19/3/19 (sebelum hari ini) , kerana dia di jadual kan fisio di hospital kajang.(dD dalam misi ke utara) Dan tak sempat siapkan. Kemudian anaknya (Mazliana) maklumkan sesi fisio itu di ubah esuk (20/3/13)… jadi dD team sempat siapkan dan dia datang petang ni untuk fitting.

✅ITU PETANDA SIKAP POSITIF NYA✅

Dia memang positif dan bersemangat tinggi. Dia keluar dari kereta dengan mudah dan kemudian berjalan menggunakan walking frame (melompat) ke bengkel dD. (OKU amputasi kencing manis, berusia emas seperti dia selalunya tidak berupaya beraksi begitu, hampir semuanya di sorong di atas kerusi roda♿️)

“BAGAIMANA BOLEH BEGITU KUAT”

“Dalam sesi fisio dan rehab, saya lihat dua kategori… ceria 😄dan muram😪. Saya lihat OKU yang ceria lebih bersemangat walaupun keadaan fizikalnya lebih kronik. Saya suka bersama mereka yang positif ini. Saya memilih untuk positif”✅

Annak nya, Mazliana memberitahu, “semua adik beradik dan ramai saudara mara yang tak putus-putus memberi sokongan dan dorongan kepada abah. Dia Murung sekejap saja kerana dia memang kuat semangat”

“Bila tahu pasal ‘kedidi’ hari tu, pada 6/3/19, hari tu juga kami datang”

“hari ni, bila tuan kata boleh siap petang, petang juga kami datang”

CARA DIA….

✍️1. Dia ‘memilih’ untuk menjadi ceria dan positif✅

✍️2. Dia ‘memilih’ untuk bergaul dengan OKU yang juga ceria dan positif✅

✍️3. Dia ‘di sokong’ oleh keluarga dekat dan jauh. Sistem sokongan nya kental. Dia bertuah✅

Mereka membayar dan memberi wang saguhati tambahan lagi…Terima kasih. Itu gambaran kekuatan sistem sokongan Tn Mokhtar. 🙏Tabik hormat pada anak, isterinya🙏

6651C766-3292-4D97-A182-BEDFB1CE640E

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close