PERCUMA ( dicadangkan)
11/2/19: 6.15 ptg. Mohd Shazuan Aziq B. Mustaffar (14), PTK 145, Kg Kurnia, Batu 3, Jalan Gambang, Kuantan.
Murid SMK Paya Besar, Kuantan ini adalah OKU sejak lahir … hari ni hari pertama di ke sekolah tahun ni (2019), kesan pembedahan susulan pada kakinya.
Shazuan adalah anak bungsu dari 7 beradik.
Dia anak Yatim- bapa meninggal.
Ibunya Pn Hasiah Zakaria (54), Ibu tunggal kematian suami. Dia masih lemah kerana di serang stroke . Mereka menumpang di rumah sewa RM 300 sebulan…
Neneknya, Nek Esah (83 tahun), juga stroke, tidak boleh bercakap… di bawa dari rumahnya di Kedai Buluh, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan kerana dia bersendirian di sana.
PRIHATIN
dD di maklumkan oleh insan yang tak di kenali mengenai keperluan Shazuan, dD hubungi sekolahnya…. sukar juga mendapat lokasi sebenar rumah ini, di tunjuk jalan oleh insan yang membuat ‘agakan’ sahaja, tetapi tepat✅
4/5/19 Mohd Shazuan Aziq datang untuk fitting. Dia di bawa oleh kakaknya Zura dan abang ipar Mi
ANAK YATIM
Aziq, Murid SMK Paya Besar (ting.2), adalah anak Yatim (bapa meninggal). Dia anak bungsu dari 7 beradik. Ibunya Pn Hasiah Zakaria (54), Ibu tunggal ini sendiri pun lemah kerana di serang stroke . Mereka tinggal di rumah sewa RM 300 sebulan…
KAKI PALSU
Aziq OKU sejak lahir, dia sudah menggunakan 5 kaki palsu (terpaksa tukar kerana dia di peringkat membesar). Kaki palsu pertama dari usaha kakaknya, zura, meminta bantuan dari berbagai pihak…. 4 kaki palsu selepas itu di perolehi secara PERCUMA dari Persatuan Buddha Bandar Utama, Damansara (BUBS) hingga kini. 🙏tabik hormat BUBS🇲🇾
KHAS untuknya dD design ‘Soket terbuka’ 100% dari carbon fibre, ringan..SUPERLITE (780gm) 😳✅😳🇲🇾
KENAPA❓Aziq adalah atlit Memanah mewakili pahang dalam kejohanan Paralimpik dan mewakili daerah kuantan dalam MSSM Pahang. Rekabentuk ini percubaan dD untuk OKU yang aktif….. Alhamdulillah, tadi dia tersenyum lebar….